Loading...
Hari ini...
6.50 pagi..
sedang saya berada didapur memasak air dan menyediakan sarapan..
terpandang diluar van jenazah..
dalam hati terdetik..dah sampai pun arwah Kak Siti
semalaman saya tak lena tidur...
Hujan lebat...
8.30 pagi
saya kerumah arwah...sanak saudara penuh dalam rumah...
saya masuk,duduk sebelah jenazah..
Sedekahkan ayat2 suci buat arwah..
saya nampak suaminya...
riak sedih diwajahnya..
Mayatnya telah siap dimandikan di hospital Putrajaya..tinggal disembahyangkan je..
Dan bermulalah sebuah perjalanan terakhir arwah..
Bacaan talkin sebenarnya untuk orang yang masih hidup. Apahal pulak talkin untuk orang yang sudah mati? Orang yang sudah mati boleh dengar ker? Wallahu'aalam... tapi mari sama-sama kita mendengar bacaan talkin.
Mungkin juga orang yang telah meninggal dunia itu pun boleh mendengar mana kita tau, lainlah kalau kita pernah mati. Tetapi kita sendiri yang masih hidup memang kompem boleh mendengar dan memahami maksud bacaan talkin tersebut. Dan jikalau memahami maksud sudah pasti meremang bulu roma termasuk bulu tengkok. Lain kalau tak faham atau buat-buat tak faham atau tak punya pemahaman dan perasaan.
Maksud (dalam BM) talkin yang selalu dibaca untuk orang yang meninggal dunia itu lebih kurang begini:
Masa baca tu, sebut2lah nama sendiri yer...., kalau tak terasa meremang, sama2lah kita lebihkan amal ibadat. Bukanlah perkara yang mudah setelah mambaca atau menghafalnya begitu sahaja sesungguhnya hanya amalan baik yang kita lakukan selama hidup di dunia yg akan menjadi penyelamat, InsyaAllah..
WALLAHU A'LAAMM.
Bismillah hir rah man nir rahim.
Mahasuci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa' dan Qidam, Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa, Mahasuci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa.
Mahasuci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai, dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup. Ingatlah! Bahawa sekalian makhluk Allah akan jahanam dan binasa, melainkan zat Allah Taala. Ialah Tuhan yang Mahabesar kuasa menghukum, manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadirat Allah Ta'ala.
Wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini. Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat. Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, dan bahawa senya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.
Ingatlah wahai SAYA Bin IBU SAYA , apabila datang kepada kamu 2 orang malaikat yang serupa dengan kamu iaitu Mungkar dan Nakir, maka janganlah berasa gentar dan takut, janganlah kamu berdukacita dan risau serta janganlah kamu susah-hati dan terkejut.
Ketahuilah wahai SAYA Bin IBU SAYA , bahawasanya Mungkar dan Nakir itu makhluk Allah Ta'ala, sebagaimana kamu juga makhluk Allah Taala. Apabila mereka menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu. Mereka berkata:
Siapakah Tuhan kamu?
Siapakah Nabi kamu?
Apakah agama kamu?
Apakah kiblat kamu?
Siapakah saudara kamu?
Apakah pegangan iktikad kamu?
Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?
Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan sehabis-habis terang serta dengan lidah yang faseh, tepat dan betul. Janganlah berasa gementar, janganlah cuak dan janganlah bergopoh-gapah, biarlah tenang dan berhati-hati.
Hendaklah kamu jawab begini:
Allah Taala Tuhanku,
Muhammad nabiku,
Islam agamaku,
kitab suci Al-Quran ikutanku, Baitullah itu kiblatku, malahan solah lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku.
Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku, bahkan dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap: "La ila ha illallah Muhammad dur rasulullah".
Wahai SAYA Bin IBU SAYA tetapkanlah hatimu, inilah dia suatu dugaan yang paling besar. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal di dalam alam Barzakh, sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan dibangunkan semula untuk berkumpul di Padang Mahsyar.
Insaflah wahai SAYA Bin IBU SAYA , bahawa senya mati ini adalah benar, soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur ini adalah benar, bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar, berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar, dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar, minum di kolam air nabi adalah benar, ada syurga dan neraka adalah benar. Bahawa senya hari Kiamat tetap akan adanya, begitu juga Tuhan yang maha berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur.
Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu disisi Allah Ta'ala. Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu. Tuhan jua yang menetapkan hati kamu. Kami sekalian berdoa mudah-mudahan Allah Ta'ala menjinakkan hati kamu yang liar, dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini. Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu.
Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak disiksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW. Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu alalmursalinwalham dulillahi rabbil alamin.
Setiap yang bernafas, Pasti akan Mati - "Kullu nafsin za iqatul maut" Firman Allah swt, "Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada di dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, yang ingat-mengingati supaya mentaati kebenaran, dan yang ingat-mengingati dengan kesabaran."
Surah Al-A'sr
Moga Allah mengurniakan maghfirah, rahmat dan menjadikan tempat rehat arwah sebagai taman syurga.
Semoga Allah mencucri rahmat keatas rohnya...Aminn..
Baka Kisah Allahyarhamah Kak Siti di SINI
6.50 pagi..
sedang saya berada didapur memasak air dan menyediakan sarapan..
terpandang diluar van jenazah..
dalam hati terdetik..dah sampai pun arwah Kak Siti
semalaman saya tak lena tidur...
Hujan lebat...
8.30 pagi
saya kerumah arwah...sanak saudara penuh dalam rumah...
saya masuk,duduk sebelah jenazah..
Sedekahkan ayat2 suci buat arwah..
saya nampak suaminya...
riak sedih diwajahnya..
Mayatnya telah siap dimandikan di hospital Putrajaya..tinggal disembahyangkan je..
Dan bermulalah sebuah perjalanan terakhir arwah..
Hujan lebat...mengiringi jenazah arwah....
suasana suram menyelubungi......
Jenazah Kak Siti mula dibawa kesurau dihadapan rumahnya utk disembahyangkan
Jenazah diletakkan diruang utama surau...
11 pagi...jenazah mula disembahyangkan...
antara rakan dan jiran yang hadir....sedih menyelubungi..
seorang diri dipembaringan
Usai disembahyangkan,jenazah mula diletakkan didalam keranda
maka perjalanan terakhir menuju kealam kubur seorang bernama manusia pun bermula...
Kak Siti sentiasa dalam kenangan...
Ditanah perkuburan inilah jenazah Kak Siti disemadikan....
sesungguhnya dariNYA kita datang,dariNYA juga kita kembali
Mungkin juga orang yang telah meninggal dunia itu pun boleh mendengar mana kita tau, lainlah kalau kita pernah mati. Tetapi kita sendiri yang masih hidup memang kompem boleh mendengar dan memahami maksud bacaan talkin tersebut. Dan jikalau memahami maksud sudah pasti meremang bulu roma termasuk bulu tengkok. Lain kalau tak faham atau buat-buat tak faham atau tak punya pemahaman dan perasaan.
Maksud (dalam BM) talkin yang selalu dibaca untuk orang yang meninggal dunia itu lebih kurang begini:
Masa baca tu, sebut2lah nama sendiri yer...., kalau tak terasa meremang, sama2lah kita lebihkan amal ibadat. Bukanlah perkara yang mudah setelah mambaca atau menghafalnya begitu sahaja sesungguhnya hanya amalan baik yang kita lakukan selama hidup di dunia yg akan menjadi penyelamat, InsyaAllah..
WALLAHU A'LAAMM.
Bismillah hir rah man nir rahim.
Mahasuci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa' dan Qidam, Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa, Mahasuci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa.
Mahasuci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai, dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup. Ingatlah! Bahawa sekalian makhluk Allah akan jahanam dan binasa, melainkan zat Allah Taala. Ialah Tuhan yang Mahabesar kuasa menghukum, manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadirat Allah Ta'ala.
Wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini. Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat. Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, dan bahawa senya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.
Ingatlah wahai SAYA Bin IBU SAYA , apabila datang kepada kamu 2 orang malaikat yang serupa dengan kamu iaitu Mungkar dan Nakir, maka janganlah berasa gentar dan takut, janganlah kamu berdukacita dan risau serta janganlah kamu susah-hati dan terkejut.
Ketahuilah wahai SAYA Bin IBU SAYA , bahawasanya Mungkar dan Nakir itu makhluk Allah Ta'ala, sebagaimana kamu juga makhluk Allah Taala. Apabila mereka menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu. Mereka berkata:
Siapakah Tuhan kamu?
Siapakah Nabi kamu?
Apakah agama kamu?
Apakah kiblat kamu?
Siapakah saudara kamu?
Apakah pegangan iktikad kamu?
Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?
Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan sehabis-habis terang serta dengan lidah yang faseh, tepat dan betul. Janganlah berasa gementar, janganlah cuak dan janganlah bergopoh-gapah, biarlah tenang dan berhati-hati.
Hendaklah kamu jawab begini:
Allah Taala Tuhanku,
Muhammad nabiku,
Islam agamaku,
kitab suci Al-Quran ikutanku, Baitullah itu kiblatku, malahan solah lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku.
Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku, bahkan dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap: "La ila ha illallah Muhammad dur rasulullah".
Wahai SAYA Bin IBU SAYA tetapkanlah hatimu, inilah dia suatu dugaan yang paling besar. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal di dalam alam Barzakh, sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan dibangunkan semula untuk berkumpul di Padang Mahsyar.
Insaflah wahai SAYA Bin IBU SAYA , bahawa senya mati ini adalah benar, soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur ini adalah benar, bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar, berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar, dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar, minum di kolam air nabi adalah benar, ada syurga dan neraka adalah benar. Bahawa senya hari Kiamat tetap akan adanya, begitu juga Tuhan yang maha berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur.
Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu disisi Allah Ta'ala. Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu. Tuhan jua yang menetapkan hati kamu. Kami sekalian berdoa mudah-mudahan Allah Ta'ala menjinakkan hati kamu yang liar, dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini. Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu.
Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak disiksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW. Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu alalmursalinwalham dulillahi rabbil alamin.
Setiap yang bernafas, Pasti akan Mati - "Kullu nafsin za iqatul maut" Firman Allah swt, "Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada di dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, yang ingat-mengingati supaya mentaati kebenaran, dan yang ingat-mengingati dengan kesabaran."
Surah Al-A'sr
Moga Allah mengurniakan maghfirah, rahmat dan menjadikan tempat rehat arwah sebagai taman syurga.
Semoga Allah mencucri rahmat keatas rohnya...Aminn..
Baka Kisah Allahyarhamah Kak Siti di SINI
3 Ulasan
salam takziah..sakit apa kak?
BalasPadam@Mimie Najib
BalasPadamx de sakit..tgh sihat..cuma pening kepala biasa jer
al-fatihah....
BalasPadamjerit kat sini