Peergh...Senang Giler Perempuan Ni Beranak..Dalam Bas Pun Jadi

Peergh...Senang Giler Perempuan Ni Beranak..Dalam Bas Pun Jadi

Loading...
Video Saat Cemas Seorang Wanita Bersalin Dalam Bas iaitu Wang Liying,39 dari Chengdu, China selamat melahirkan seorang bayi lelaki yang sihat & beratnya ialah 3.6 kilogram. Kalau diikutkan pemeriksaan doktor, dia ada seminggu lagi masa untuk bersalin. Untuk itu, dia menaiki sebuah bas awam menuju ke hospital tersebut. Bertemankan anak kecilnya yang berusia tiga tahun, Liying kemudian terasa ‘sesuatu’ sewaktu bas yang dinaikinya itu bergerak. Tepat jam 8.01 pagi, Liying dapat merasakan yang bayinya itu sudah ‘hendak keluar’.




Mungkin disebabkan sudah ada pengalaman melahirkan anak pertamanya sebelum ini, Liying terus ‘terbalikkan’ posisi bayinya itu dan menepuk punggung bayi hingga ia menangis. Beberapa orang penumpang kemudiannya dilihat menolong Liying termasuk menyelimutkan anaknya itu dengan kain. SEMENTARA ITU pemandu bas berkenaan, You Zhixu berkata, ada lapan penumpang dalam bas tersebut ketika itu & hampir kesemuanya panik sewaktu kejadian tersebut.



"Saya kemudian menjerit pada penumpang saya supaya bertenang sebelum memecut selaju 120 km/j ke sebuah hospital berhampiran. Masa lampu isyarat berwarna merah pun saya redah je sehinggalah saya ternampak sebuah ambulan yang datang dari arah bertentangan.


"Kami semua dalam bas masa itu melambai-lambai tangan dan berteriak agar ambulan tersebut berhenti, namun sewaktu ambulan tiba, wanita itu sudah pun bersalin di tempat duduknya.


"Terus terang tangan saya menggeletar waktu kejadian itu berlaku, masa isteri saya bersalin pun saya tak rasa gementar macam ini,” kata Zhixu.

senangnya...umpama macam kucing beranak...


Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. er..tapi nampak dia mcm rilek jer.. x de lah macam orng Cina yg lain..menjerit2..

    BalasPadam

jerit kat sini