Loading...
Simpan bekalan makanan, senjata hadapi hari kiamat
BERRYVILLE, Amerika Syarikat - Sebuah keluarga di Kampung Shenandoah melakukan persiapan untuk menghadapi hari kiamat berdasarkan kalendar kaum Maya pada 21 Disember ini.
Kampung itu terletak sejam perjalanan dari Washington namun, ketua keluarga itu, Jay Blevins menyimpan bekalan makanan, minuman, ubat-ubatan, senjata api dan senjata tajam di ruang bawah tanah rumah mereka.
Tujuan senjata api itu disimpan adalah untuk mengusir perompak jika kekacauan berlaku pada hari tersebut.
"Saya tidak terfikir kami membelanjakan terlalu banyak wang," kata Blevins yang mempunyai tiga orang anak.
Dia yang berusia 35 tahun kini bertugas sebagai seorang perunding perniagaan selepas menjadi penolong syerif dan pegawai Unit Khas dan Senjata Api (SWAT) di negara ini.
TIN-TIN makanan yang turut disimpan.
"Sebagai isteri dan bapa, saya mahu memastikan bahawa keluarga saya bersedia untuk menghadapi sebarang kejadian yang akan berlaku," katanya.
Menurut beberapa pakar yang mengkaji tamadun Maya, kalendar untuk kaum itu berakhir pada 21 Disember ini sekali gus mencetuskan spekulasi bahawa bumi akan kiamat pada hari tersebut.
Bagaimanapun, beberapa ahli arkeologi menyatakan tidak ada bukti bahawa kaum Maya pernah meramalkan bumi akan kiamat pada hari berkenaan.
Kaum tersebut juga dipercayai mungkin tidak menggunakan kalendar berkenaan semasa kemuncak tamadun mereka antara 300 dan 600 Sebelum Masihi. - Agensi
0 Ulasan
jerit kat sini