Loading...
OTONG dikenali sebagai Raja Seks di Indonesia.
SEORANG lelaki yang berasal dari Bekasi, Indonesia, Otong Gunawan, 64, mengaku pernah menikahi 37 orang wanita sepanjang hidupnya.
Lelaki yang bekerja sebagai penjual ubat perangsang seks dan memiliki tujuh orang anak itu tidak menampakkan riak malu ketika diminta menceritakan bagaimana dia boleh berkahwin dengan sebegitu ramai wanita.
"Ya, memang benar. Saya pernah berkahwin sebanyak 37 kali. Kebanyakan perkahwinan itu tidak kekal lama. Sekarang isteri saya tinggal tiga orang sahaja.
"Saya mula menjadi kaki perempuan ketika berumur 24 tahun. Pada masa itu, saya sudah berkahwin dengan Wani, salah seorang daripada tiga isteri saya sekarang.
"Keinginan untuk berkahwin ramai semakin memuncak pada tahun 1981. Saya tidak pernah melupakan kesemua wanita yang pernah menjadi isteri saya antaranya Pipit, Siti, Djuju, Miah, Siti, Tumin, Sarah, Anah dan Isah.
Nikah
"Mereka sah menjadi isteri saya hanya dengan berakad nikah di depan saksi nikah.
"Tiada satu pun daripada mereka yang berkahwin secara rasmi dengan saya di pejabat agama," ujar Otong yang secara purata berkahwin dan bercerai setiap dua bulan sekali.
Di Indonesia, perkahwinan secara rahsia itu dikenali sebagai nikah siri.
Otong memberitahu, dia akan membayar sesiapa sahaja yang sanggup menjadi saksi perkahwinannya. Setiap kali berkahwin, dia akan mengambil gambar bersama pasangannya sebagai bukti mereka sah bergelar suami isteri sebelum menyimpan gambar itu dalam sebuah fail.
"Sayangnya fail itu hanyut dalam kejadian banjir pada tahun 2007. Sebahagian besar perceraian berlaku bukan disebabkan oleh isteri tetapi saya yang cepat bosan dengan mereka," dedahnya.
Tambahnya, dalam perkahwinan bersama isteri pertama, Tian Wani, 60, mereka dikurniakan lima orang cahaya mata tetapi salah seorang daripadanya meninggal dunia. Otong memperoleh seorang anak masing-masing hasil perkahwinan bersama isteri kedua dan ketiga, Ujan, 58, dan Kami, 50.
Menurut Detik.com, Otong juga mengaku pernah melakukan hubungan seks dengan sekumpulan wanita dalam masa dua jam.
"Saya dicabar oleh seorang rakan untuk membuktikan kejantanan saya tanpa menggunakan ubat perangsang seks," kata Otong yang pernah dipenjarakan selama empat tahun atas kesalahan bergaduh.
Otong bertaubat daripada melanggan pelacur selepas dia dijangkiti penyakit kelamin iaitu sifilis. Selepas sembuh, barulah Otong berkahwin dengan seorang demi seorang wanita.
Ilmu
Rupa paras Otong yang berketurunan Tionghua menyebabkan dia menjadi kegilaan ramai wanita. Selain itu, dia turut mempelajari ilmu mistik daripada ilmu kebal sehinggalah ke ilmu pengasih. Ilmu itulah kata Otong yang menjadi kunci kebahagiaan dia bersama isteri-isterinya.
"Semua ilmu sudah dipelajari. Saya juga pernah tidur dengan semua jenis perempuan termasuk seluruh suku di Indonesia.
MENJUAL ubat kuat di Pulogadung, Jakarta Timur menjadi pekerjaan Otong sejak tahun 1975. - Gambar hiasan
"Tidak ada seorang pun wanita itu yang menolak. Saya kan Raja Seks," ujarnya yang akan membahagikan wang keuntungan menjual ubat seks kepada ketiga-tiga isterinya.
Tetapi kini rezekinya sudah merosot namun dia beruntung kerana semua isterinya ada sumber kewangan sendiri.
Otong merupakan anak kepada seorang petani di Babelan, Bekasi.
"Saya ada seorang adik yang kini menjual rokok. Saya belajar tidak tinggi. Saya terpaksa berhenti sekolah kerana keluarga tidak mampu membayar yuran.
"Saya mula menjual ubat pada tahun 1975 apabila secara tiba-tiba diminta membelikan ubat kuat oleh seseorang yang tidak dikenali di tepi stesen kereta api di Pulogadung, Jakarta Timur.
"Sejak itu, ramai yang beranggapan saya seorang penjual ubat kuat, lalu saya pun membuka sebuah kios menjual ubat sampai sekarang," cerita Otong.
Jelas Otong, walaupun beristeri ramai, dia tidak pernah mengambil ubat kuat yang dijualnya apabila ingin bersama isterinya.
Isteri ketiga Otong, Kami mengakui kegilaan suaminya itu terhadap perempuan sukar dibendung.
"Saya tidak tahu bagaimana boleh jatuh cinta kepadanya. Saya cuma suka padanya dan kami terus berkahwin," ujarnya yang tinggal di sebuah rumah sewa di Pulogadung.
Rumah sewa yang bersaiz sederhana itu hanya mempunyai sebuah ruang tamu, bilik tidur dan dapur. Rumah itu terletak di kawasan yang mempunyai penduduk yang ramai.
Ujar Kami, walaupun suaminya itu gemar bertukar-tukar pasangan, dia akan tetap setia menjadi isteri Otong.
Malangnya, Otong kini boleh melupakan lautan nafsunya itu. Sejak enam bulan lalu, dia mengalami mati pucuk akibat penyakit diabetes.
"Alat kelamin saya sudah tidak berfungsi, sudah lebih enam bulan," katanya yang sekarang berpantang daripada makan kambing dan makanan laut.
- NOOR SYAHIDATOOL AQMA MOHD. NOOR

6 Ulasan
baguslah kalau begitu...hehe
BalasPadam@Fendy
BalasPadamtakut lak baca....dah namanya lelaki..
Macam2 ... Dh tettt dah...
BalasPadamSehebat mana manusia, akhirnya akan tewas juga. Syuker masih punya ruang utk bertaubat..
BalasPadam@Leeza dayasari [santai leeza]
BalasPadamhihi...
@Nor Salmi
BalasPadamsekuarang2nya dia cepat sedar,berbanding ada segelintir yg lainnya langsung tak sedar2...
jerit kat sini