Loading...
Kajian telah membuktikan bahawa bukan hanya manusia moden sahaja suka makan bertih jagung atau popcorn. Manusia kuno yang hidup di kawasan pantai wilayah Peru pernah memakannya. Walau bagaimanapun, popcorn yang dimaksudkan tak seperti yang dibuat sekarang. Pada masa lalu, manusia memasak jagung menjadi popcorn dengan cara mereka sendiri.
Ahli arkeologi telah berjaya mencari bukti bahawa budaya makan popcorn sudah wujud sejak 6,700 tahun yang lalu, 2,000 tahun lebih tua dari apa yang dijangkakan. Bukti budaya makan popcorn sebelumnya dijumpai sejak 5,000 tahun yang lalu. Namun, bukti yang diperolehi sebelum ini masih belum cukup untuk memberikan maklumat yang tepat.
Penyelidikan tersebut telah dijalankan oleh Dolores Pipermo, penjaga New World di National Museum of Natural History di Washington dan saintis di Smithsonian Trpical Research di Panama. Para penyelidik telah menemui tongkol jagung purba, sekam, batang, dan rambut-rambut jagung.
Ia mengungkapkan, orang-orang kuno yang hidup di Paredones dan Huaca memasak jagung dalam pelbagai cara. Contohnya dengan membungkus tongkol jagung dengan bahan tertentu dan diletakkan pada bara kayu, membakarnya langsung pada api, ataupun memasak jagung di oven tanah.
Pipermo mendedahkan, masyarakat zaman dahulu tidak memakan jagung dalam jumlah yang besar atau sebagai makananan utama tetapi mereka memakannya sebagai makanan ringan atau snek. Mengikut sejarah, jagung pertama kali ditanamkan di Mexico 9.000 tahun lalu, iaitu jenis teosinte. Beberapa ribu tahun kemudian, jagung dibawa ke Amerika Latin.
Yang paling mengejutkan Pipermo, ternyata jenis jagung yang ditanam tidak hanya satu jenis, tetapi sangat pelbagai dan berwarna-warni. "Petani suka mengujikaji sendiri dan menghasilkan tanaman yang baru," kata Pipermo kepada National Geographic. Hasil kajian Pipermo tersebut telah diterbitkan di Proceedings of the National Academy of Sciences.
p/s..hihi...teringat citer kartun yg pemes tu...The Flinstone
3 Ulasan
ada ea pop corn di zaman batu? hehe
BalasPadamjom baca & komen :
Dia tersenyum. Siapa? Nazim Othman ! Oh my God ! Is that him? Seriusly? Batin jiwa raga yang beraga – raga ini menjerit tak cukup udara. Bahagia? Memang bahagia ! Dia menghulurkan aku sekuntum mawar merah.
“Klik! Klik!” petikan kamera berbunyi. Artis lah aku lepas ini ! ‘Speechless’ !
http://mahabbahathirah.blogspot.com/2012/11/cerpen-ini-kisah-cinta-aku.html
pelik sikit rupa pop corn nya
BalasPadam@hasyimahshe
BalasPadammmg sanagt pelik kan??tak tahulah rasanya macam mana..maybe masa tu garam pun x wujud lagi
jerit kat sini