Psstt..Gossip Sket...Bapa Chong Wei tidak dijemput ke majlis perkahwinan?

Psstt..Gossip Sket...Bapa Chong Wei tidak dijemput ke majlis perkahwinan?

Loading...

Sementara negara meraikan perkahwinan wira badminton negara, Datuk Lee Chong Wei dan Datin Wong Mew Choo, bapa pengantin lelaki, Lee Ah Chai dilaporkan merajuk di rumahnya di Pulau Pinang.


Menurut khabar angin bapa Chong Wei disisih daripada sambutan perkahwinan selama tiga hari bermula pada Jumaat di Kuala Lumpur Convention Centre. “Saya seorang bapa yang sedih,” Lee paparkan dalam bahasa Cina di Facebook beliau.

“Saya akan tonton siaran langsung anak lelaki saya di NTV7 dari rumah.” Dipercayai perhubungan antara Lee dan isterinya dan anak-anak bergolak sejak beliau didakwa cuba membunuh diri pada Jun tahun ini.

Meskipun pesara berusia 59 tahun ini telah menafi sekeras-kerasnya tentang cubaan beliau membunuh diri dengan melompat daripada Jambatan Pulau Pinang apabila ditemui oleh polis pada 10 Jun, sumber terdekat keluarga Lee mendakwa bahawa hutang-piutang beliau yang bertimbun memusnahkan perhubungan keluarganya.



Namun Chong Wei yang tidak gemar membincangkan tentang rahsia keluarganya, memberitahu Red Carpet (laman portal hiburan di bawah ABN Media Group, www.redcarpet.net.my) bahawa, “Saya bukan seorang selebriti. Saya seorang yang amat berahsia.”

Chong Wei dan Mew Choo berkahwin dalam satu majlis minum the Cina pada Jumaat dengan disaksikan oleh keluarga dan rakan rapat.


Catat Ulasan

5 Ulasan

  1. mungkin dia ada buat sesuatu yg amat menyusahkan keluarga..i.e hutang ah long atau berjudi.andaian jek

    BalasPadam
  2. apa benar cerita ini? cam indon lak bunyi..he he

    BalasPadam
  3. hal keluarga org kita x le nak masuk campur..hohoho

    BalasPadam
  4. hamboiiii....pandanyer korang seme bergossip yerrr....kahkah

    BalasPadam

jerit kat sini