Perbezaan pelajar PASTI dengan pelajar Tadika Kemas 1 Malaysia

Perbezaan pelajar PASTI dengan pelajar Tadika Kemas 1 Malaysia

Loading...

Gambar ini diambil di Zoo Negara pada 8 Nov 2012 ketika rombongan lawatan PASTI kawasan Gombak ke sana. Apa yang menarik perhatian kami, perbezaan yang dapat dilihat antara pelajar PASTI (berbaju biru putih) dan juga pelajar Tadika Kemas 1 Malaysia (berbaju merah kuning). Bukan mahu menglibatkan isu politik, tetapi isunya pendidikan pra sekolah yang mana Malaysia patut tonjolkan.



Apa yang dapat diperhatikan di dalam gambar ini, PELAJAR sekolah PASTI kesemua pelajarnya diasuh bertudung bagi beragama Islam dan juga berkopiah manakala apa yang anda dapat lihat pelajar Tadika Kemas, pelajarnya tidak diasuh dengan bertudung bagi pelajar perempuan dan dari kecil lagi diajar duduk bercampuran lelaki dan perempuan. Dan juga perbezaan antara guru-guru mereka.

Reaksi ini juga telah mendapat maklumbalas hangat di facebook kami dan juga mendapat like yang banyak.

Ini antara perbincangan yang hangat di FB Pemuda Gombak,

antaranya;



..kedua2nya baik belaka...tetapi yg berbaju biru SIKIT LEBIH BAIK...ada semangat perpaduan antara yg berbaju biru.....persoalan...kenapa tak digalakkan percampuran antara yg biru dan merah/kuning?.... sekadar ingin bertanya...."



tadika yg tepat dengan peribahasa 'melentur buluh biarlah dari rebung' adalah PASTI....."



tapi makin ramai orang nak hantar pasti......!!! Tak gitu...kat kampung aku..tadika kemas jadi stor la nie....Mungkin buka kat kampung sebelah...kot..



Anak guru didik. Mak & ayahnya siapa yg patut didik? Jawapan saya : ULAMAK."



dlam soal pendidikan bukan cari salah siapa, soalnya mcm mne kita mendidik,.. sepatutnya Pasti dan KEMAS sentiasa timbal balik mana kelemahan dan kekuatan. JGN POLITIKKAN PENDIDIKAN. akhirnya, anak-anak jadi mangsa.. adakah kita mahu generasi kita akan dtg terbeza dari ideologi poliitik yg tak sihat?? saya juga AHLI PAS =)"

Apapun reaksi rakan-rakan FB Pemuda Gombak, ia terpulang kepada penilaian yang terbaik untuk memberikan didikan yang terbaik kepada anak-anak anda. Anak-anak adalah aset yang paling penting untuk masa depan negara dan ia bermula dari anak-anak masih kecil lagi. Dan didikan yang terbaik adalah mendidik dengan mengenal agama.


p/s  


Pada akak la..sebagai seorang ibu..mana ada ibu yg mahu anaknya tidak menjadi 'orang',semuanya mahukan yg terbaik buat anak2,tak kisahlah parti mana sekalipun...
didikan awal sudah pasti dari rumah...

Lihat dulu....Ajaran ibubapanya sendiri bagaimana,jika ibu/ayah suka maki2 orang,carut mencarut depan anak2,jaga tepi kain orang...,bergaduh sana,bergaduh sini...

tak mustahil anak2 pun akan ikut....biarpun anak dihantar ke tadika yang paling 'tip top',yang terbaik,yg bagus didikan agamanya sekalipun....
Tak gitu??

Didikan terawal tentulah dari ibubapanya,dari rumahnya sendiri..
tepuk dada tanya selera...

sumber: www.pemudagombak.com dan FB: pemudagombak.com

Catat Ulasan

2 Ulasan

jerit kat sini