Nota Peperiksaan Puteri Diana Dijumpai Dalam Tong Sampah!!

Nota Peperiksaan Puteri Diana Dijumpai Dalam Tong Sampah!!

Loading...
LONDON - Nota kelas peperiksaan 0-level milik mendiang Puteri Diana yang merupakan ibu kepada pewaris kedua takhta Britain, Putera William ditemui dalam tong sampah, lapor sebuah akhbar semalam.


Diana menulis nota dalam buku itu pada 1977 semasa dia berumur 16 tahun dan bersekolah di Sekolah West Heath Girls di Sevenoaks, Kent.

Dia gagal dalam semua peperiksaan O-level dan dalam notanya dipenuhi dengan banyak kesilapan seperti memanggil tokoh falsafah Yunani, Aristotle sebagai Aristocktile.

Pemiliknya, Yvonne Pullen dari Keighley, West Yorks berkata, bapanya menemui buku itu di dalam beg sampah semasa dia bekerja sebagai penjaga flat dekat rumah Diana di Istana Kensington.

Seorang pegawai lelongan, David Powell berkata, buku itu boleh dilelong pada harga antara £1,000 (RM4,986) hingga £1,500 (RM7,480).

Buku itu turut menunjukkan kelemahan Diana dalam bidang matematik apabila dia tidak dapat mengira £2.80 campur £8 dengan mencongak.

Puteri itu terpaksa menulis angka itu dalam buku tersebut untuk mendapatkan jawapan.



Pada 1997, Puteri Diana meninggal dunia selepas terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di Paris bersama kekasihnya, Dodi Al-Fayed setelah dia bercerai dengan bapa Putera William, Putera Charles. -

Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. buku nota KIta kalau buang kat Tong sampah ada tak yg nak baca..hahaha

    BalasPadam
  2. saya selalu sorok kertas exam kat bawah katil..

    BalasPadam
  3. @encik cool
    haha..nape sorok kat situ..takut mak juumpa eihh??

    BalasPadam

jerit kat sini