Header Ads

Sumpahan Istana Kensington diLondon(William & Kate Terkena Tempiasnya?)

loading...

Sepertinya tak perlu diragukan jika bangunan-bangunan tua yang ada di Britain cukup misteri. Salah satunya adalah Istana Kensington yang didiami Putera William dan Kate Middleton. Bukan berhantu , cuma  kena sumpahan je!

Ketika Kate dan William memutuskan untuk berpindah ke Istana Kensington, ramai yang jadi hairan, berkaitan dengan 'nama buruk' yang disandang bangunan indah ini. Selama 320 tahun, setiap jengkal dinding, halaman dan koridornya sudah diwarnai pelbagai tragedi tragis, terutama yang menimpa para putri yang tinggal di istana ini.

                                                      Kensington Palace Gardens


Menurut ketua Historic Royal Palaces, Lucy Worsley, sekurang-kurangnya ada 7 puteri yang sempat berakhir dengan nasib yang 'menyedihkan , buruk, atau bahkan gila '. Kerana itulah, Istana Kensington disebut-sebut terkutuk oleh banyak pihak.


Isteri George II, Ratu Caroline, sempat mengalami nasib tragis ketika tinggal di istana ini. Setelah melahirkan anak kedelapannya, Caroline mengalami sakit teramat sangat, yang ternyata disebabkan oleh hernia. Walaupun dikelilingi doktor, mereka tak boleh memeriksanya dengan terperinci kerana akan dianggap menyinggung harga diri seorang ratu.


Oleh itu, mereka memutuskan untuk memotong bahagian menonjol dari hernia Caroline, yang juga tak boleh menyelamatkan nyawanya. Lapan hari kemudian, Caroline meninggal dalam tidur, tepatnya di tahun 1737.


Sebelumnya di tahun 1690, William III dan Ratu Mary pindah ke istana yang disebut-sebut sebagai tempat menyembuhkan diri tanpa ubat, kerana peredaran udaranya yang baik. Namun tak berjaya bagi Mary kerana nyawanya juga tak lama, dirinya mengidap cacar air dan meninggal dalam masa seminggu di usianya yang masih 32 tahun.




Kutukan Istana Kensington tak berakhir sampai di sini, kerana setelah William III meninggal, dirinya digantikan oleh Ratu Anne yang menikahi George of Denmark . Salah satu kekurangan George of Denmark adalah sikapnya yang amat  membosankan di atas tempat tidur, yang sempat dinyatakan  oleh Anne.


Walau tak menyukai suaminya, Anne sempat hamil 17 kali untuk mendapatkan pewaris takhta. Malangnya, tak ada satupun anaknya yang boleh mencapai usia dewasa.

 Beberapa orang bayinya meninggal dalam kandungan, beberapa meninggal setelah dilahirkan, dan beberapa yang lain meninggal di usia kanak-kanak kerana cacar air. Yang hidup paling lama adalah William, yang boleh selamat sampai pada usia 11 tahun. Ibunya pun menyusul 14 tahun kemudian, dengan duka yang mendalam dan patah hati.


Kisah tragis selepasnya  terjadi di tahun 1796, iaitu Puteri Charlotte. Charlotte adalah putri George IV, yang membenci ibu Charlotte. Walau begitu, si ayah sangat menyayangi puterinya, hingga menikahkannya dengan Putera Leopold dalam sebuah majlis perkahwinan yang mewah. Malangnya, kutukan belum berakhir kerana Charlotte meninggal setahun sebelumnya di usia 21, dua hari selepas melahirkan seorang putra.


Beberapa puteri lain, termasuk Puteri Margaret yang meninggal di tahun 2002, ketika hidup sendiri di istana ini. Khabar menyebutkan bahawa puteri yang sering disebut pemberontak ini hanya ditemani susuk hantu yang disebut 'mysterious lady in blue'.



Lady In Blue


Terakhir, tak lain adalah Puteri Diana, ibu Putera William yang meninggal dengan tragis dalam kemalangan kereta. Tak hanya itu, Diana, yang juga tinggal di istana ini kala berkahwin dengan Charles, pun disebut-sebut tak pernah mengenal cinta dalam perkahwinannya.


Putera William dan Kate sendiri sedang sibuk menyusun semula istana ini dengan budget 1 juta. Semoga, hal ini tak hanya boleh mengubah paparan istana, tapi juga menghapuskan sumpahannya ! Jangan sampai  Kate mendapat nasib yang sama!

Semoga tidak ada cerita sedih dari pasangan ini.



Loading...

Tiada ulasan

jerit kat sini

Dikuasakan oleh Blogger.