Loading...
Masih ingatkah anda dengan kerajaan langit?...Jom kita imbau kembali......
Mengenai 22 perkara baru yang bertentangan dengan Islam dilakukan oleh ayah Pin dalam ajarannya dimana kebanyakkannya adalah untuk kepentingan diri sendiri antaranya pengikut perempuan perlu melucutkan pakaian kerana ayah Pin mendakwa pakaian yang dipakai mereka tidak suci. Sebenarnya ada 22 dari 25 ajaran yang tidak pernah didedahkan sebagai tambahan pada ajarannya.
Antaranya adalah;
-Ayah Pin akan menjadi Perdana Menteri di akhirat nanti.
-Waktu Solat subuh berpanjangan hingga ke Zuhur.
-Al-Quran yang ada sekarang tidak benar.
-Kiamat tidak akan berlaku kerana Allah tidak bodoh menjadikkan alam dan merosakkannya kembali.
-Apabila bermimpi anak gadis pengikutnya berkahwin, si bapa perlu 'menyerahkannya' kepada ayah Pin untuk diserahkan kepada lelaki bertuah itu.
-Anjur upacara pengampunan yang dilakukan ketika bulan mengambang dan pengikut wanita perlu menanggalkan pakaian yang tidak suci serta perlu bersetubuh dangan 'tuhan' untuk mendapat lebih berkat.
-Pengikut perempuan dikehendaki bernikah secara batin dengan 'Tuhan' (ayah Pin)
-Ayah Pin mempunyai keajaiban menyumpah orang menjadi batu dan menukarkan individu menjadi muda.
-Wang diberikan Ariffin tidak akan habis apabila dibelanjakan.
-Ayah Pin boleh membawa roh pengikut untuk berjumpa nenek moyang setahun sekali.
-Isteri ayah Pin bukan orang biasa tetapi Puteri Gunung Ledang, Puteri Saadong, Puteri Nanu dan Puteri Matahari.
-Semua benda boleh dimakan termasuk yang diharamkan oleh agama Islam.
hhhmmm..sesat lagi menyesatkan
Sumber : Metro
0 Ulasan
jerit kat sini