Dulu Gay Kahwin,Sekarang Lesbian Lak Kahwin,Apa Nak Jadi?

Dulu Gay Kahwin,Sekarang Lesbian Lak Kahwin,Apa Nak Jadi?

Loading...
Fish Huang dan You Ya-ting telah menjadi pasangan lesbian pertama yang berkahwin dalam upacara keagamaan Buddha di Taiwan beberapa hari yang lalu. Pengantin yang kedua-duanya wanita berumur 30 tahun itu telah bersama sebagai pasangan kekasih selama 6 tahun dan memutuskan untuk mengikat tali perkahwinan sejak tahun lalu.

Dalam majlis itu, Fish Huang dan You Ya-ting memakai gaun pengantin moden berwarna putih, majlis yang dilaksanakan di sebuah biara Buddha di Taoyuan, utara Taiwan, telah dilakukan oleh Master Shih Chao-hui, seorang profesor di Universiti Buddha Hsuang Chuang. Majlis disempurnakan dengan acara pengantin bertukar manik-manik sembahyang dan sekitar 300 penganut agama Buddha melaungkan sutra memohon rahmat buat pasangan lesbian ini.

Master Shih memberitahu AFP bahawa dia mengambil bahagian dalam upacara tersebut dengan harapan langkah itu boleh mewujudkan semangat belas kasihan agama Buddha tersebar ke seluruh dunia dan menambah bahawa ajaran Buddha tidak mendiskriminasi gay dan lesbian.

Pasangan pengantin mendapat restu Chu Hui-chen, seorang penghibur yang anak lesbian nya bunuh diri May lalu.

Kami berharap dengan sokongan Master Shih, perkahwinan ini akan mengubah perspektif orang ramai walaupun ia tidak sah di sisi undang-undang dan berharap kerajaan boleh menghalalkan perkahwinan sesama jantina tidak lama lagi." kata pengantin dengan penuh harapan. Ibu bapa kedua-dua pengantin ini tidak menghadiri upacara tersebut.

p/s  musibah apa lagi bakal melanda China agaknya


Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. nauzubillah hi min zalik.moga umat islam terhindar dari masalah seperti ini.

    BalasPadam
  2. mintak-mintak umat islam dijauhkan dari macam ni...

    BalasPadam
  3. Sbnrnya umat islam jga lah antra y pling ramai lesbian,aku dh jumpa ramai ssgt2 dh n dh cm2 aku tgok n bukti aku ada,ramai anak2 gdis skrg dh jauh mnyimpng dn jd lesbian,smoga allah mmbuka pntu rahmatnya kpd smua glongn ini

    BalasPadam
  4. Sbnrnya umat islam n anak2 gdis kita trllu rmai y dh jd lesbian,smoga allah mmbuka pntu rhmtnya kpd glongn ini..

    BalasPadam
  5. Sbnrnya umat islam jga lah antra y pling ramai lesbian,aku dh jumpa ramai ssgt2 dh n dh cm2 aku tgok n bukti aku ada,ramai anak2 gdis skrg dh jauh mnyimpng dn jd lesbian,smoga allah mmbuka pntu rahmatnya kpd smua glongn ini

    BalasPadam
  6. @Fauziey Saad
    dunia semakin menuju keakhir zaman,kaum Luth juga semakin ramai...semakin menakutkan

    BalasPadam

jerit kat sini