Kate Middleton Terima Penghargaan Kerana Topi

Kate Middleton Terima Penghargaan Kerana Topi

Loading...
BIASANYA seseorang akan dihargai berdasarkan prestasi dan kerja sosial yang telah dilakukan. Namun berbeza pula bagi Kate Middleton apabila dia diberi penghargaan sebagai 'The Hat Person of The Year' oleh Persatuan The Headwear.


Penghargaan itu diberi selepas isteri kepada Putera William itu dinilai sebagai orang yang menggunakan penutup kepala dengan penuh gaya.

Berdasarkan pemilihan yang dibuat oleh persatuan tersebut, 90 peratus responden bersetuju bahawa wanita itu sememangnya layak untuk mendapatkan penghargaan tersebut, sekali gus mengalahkan selebriti lain seperti Rachel Zoe dan Ne-Yo.

Pemakaian topi bukanlah satu perkara yang aneh bagi keluarga Kate, tetapi menurut laporan Dailymail, kegilaan Kate terhadap pemakaian topi memberikan sumbangan besar bagi industri topi.

Malah kerana Kate juga, ia telah memberi keuntungan besar buat perusahaan topi seperti Philip Treacy, Sylvia Fletcher of Lock & Co, Rose Cory dan Vivien Sheriff.

Gelaran ‘Hat Person of the Year’ adalah yang ketiga penganjuran Persatuan The Headwear Association. Sebelum ini, aktor ZJohnny Depp dan Brad Pitt juga pernah diberi penghargaan tersebut.

Penghargaan seperti ini bukanlah yang pertama bagi Kate. Beliau yang digelar Duchess of Cambridge itu pernah diberi gelaran Wanita Paling Santun 2011 kerana sikapnya yang sentiasa anggun di hadapan umum.

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. oo...sumbangan jugalah tu,
    sebab ianya membawa keuntungan kepada syarikat lain.=)

    BalasPadam
  2. ha betul tu..inilah yg dikata,lembu punya susu,sapi dapat nama

    BalasPadam

jerit kat sini