Hijab Julia Perez Terbuka Ketika Cium Hajar Aswad

Hijab Julia Perez Terbuka Ketika Cium Hajar Aswad

Loading...
Sebelum berangkat ke Tanah Suci, Jupe menyimpan hasrat untuk menyentuh Kaabah dan hasratnya tercapai pada hari pertama dia berada di sana.

Walaubagaimanapun, artis sensasi ini punya kisah menarik untuk dikongsi.
“Hari pertama saya bisa menyentuh Kaabah dan dalam hati saya berkata, “Ya Allah, aku sangat beruntung kerana dapat menjejakkan kaki ke sini, lalu saya berniat mahu mencium Hajar Aswad.

“Pada hari ketiga, saya berjaya mencium Hajar Aswad namun ketika mencium batu hitam yang terletak di sebelah tenggara Kaabah itu, hijab saya terbuka gara-gara ditarik oleh seorang wanita. Semuanya terlepas.

“Banyak yang mengharapkan untuk berada betul-betul di hadapan Hajar Aswad seperti saya ketika itu. Orang-orang di belakang saya berebut-rebut untuk mencium Hajar Aswad. Saya nangis dan cuma berdoa agar dosa saya diampuni, doa soal jodoh, rezeki dan sebagainya saya sudah tidak ingat lagi. Tidak dapat menahan tolakan, saya akhirnya berundur, “ cerita pelakon filem ‘Arwah Goyang Karawang ini lagi.- (yahoo!)

Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. seburuk2 manusia pun, kta smua nk ke Syurga.. smoga Allah permudhkan..

    BalasPadam
  2. betul kata al-azrul, semoga semuanya dipermudahkan aamiin

    BalasPadam
  3. semoga satu hari nanti eiqa pon akan menjejakkan kaki di sana.. :)

    BalasPadam

jerit kat sini