Mimaland Ditutup!Misteri Apakah Disebaliknya??Baca!!

Mimaland Ditutup!Misteri Apakah Disebaliknya??Baca!!

Loading...
Tidak ramai yang menyedari lokasi sebuah pusat taman rekreasi Mimaland yang pernah beroperasi suatu ketika dahulu. Walaubagaimanapun taman itu telah ditutup atas beberapa kes mahkamah yang dihadapi.

Bagi yang lahir pada tahun 80-an mungkin mengingati sebuah taman rekreasi yang cukup popular suatu ketika dahulu. Taman rekreasi yang terkenal pada era 1980-an ini dikenali sebagai Mimaland mula dibina dalam tahun 1971. Nama Mimaland yang agak unik itu sebenarnya adalah singkatan daripada gabungan perkataan Malaysia In Miniature Land. Ia dibina di sebuah kawasan berbukit seluas 300 ekar di Ulu Gombak tidak jauh dari Kuala Lumpur. Pembinaan Mimaland dibuat dalam beberapa fasa dan dibuka secara berperingkat.



Fasa pertama Mimaland yang siap dalam tahun 1970-an mengandungi 24 buah motel dan 5 buah chalet serta sebuah kolam renang. Antara tarikan utama Mimaland pada peringkat awalnya ialah ‘taman haiwan prasejarah‘ yang mengandungi binaan model-model dinosaur bersaiz besar yang begitu mengagumkan para pengunjung ketika itu. Beberapa buah filem tempatan pernah membuat penggambaran di situ.

Pada 1984 Mimaland memperkenalkan pula satu lagi tarikan terbarunya iaitu kolam renang yang dikatakan terbesar di Asia Tenggara, dan semestinya papan luncur air gergasi yang sangat tinggi yang begitu digemari oleh ramai pengunjung. Selain itu Mimaland juga mempunyai beberapa lagi bahagian lain, antaranya ialah sebuah tasik untuk aktiviti bersampan dan memancing, kawasan ‘giant maze’, serta kawasan untuk merentas rimba.






Setelah bertahun-tahun Mimaland menceriakan hidup ramai orang, sesuatu yang tidak diingini berlaku juga. Satu kemalangan telah terjadi di kawasan papan luncur air gergasi Mimaland pada Januari 1993 yang menyebabkan kematian seorang warganegara Singapura berusia 27 tahun. 

Kejadian malang itu mengejutkan orang ramai hingga memaksa pihak Mimaland menutup sementara kawasan yang terlibat iaitu kolam renang dan papan luncurnya bagi dilakukan kerja-kerja penambahbaikan. Pada Mei 1994 pula, berlaku kerosakan pada dinding kolam renang yang sama yang berpunca daripada kejadian kecil tanah runtuh hingga menyebabkan air lumpur memasuki kolam renang tersebut. Sekali lagi, kawasan tersebut ditutup kepada orang ramai.

Pihak pengurusan Mimaland kemudiannya telah diseret ke mahkamah oleh beberapa pihak termasuk agensi kerajaan di atas beberapa dakwaan kesalahan, antaranya ialah kelemahan dalam kawalan keselamatan, serta menjadi punca kepada beberapa masalah alam sekitar.

Sepanjang pendakwaan kes tersebut pihak mahkamah telah menghalang Mimaland daripada meneruskan operasinya. Akibat tidak dapat lagi bertahan tanpa beroperasi, Mimaland akhirnya terpaksa menutup terus pintunya buat selama-lamanya pada 1994.

Kesan peninggalan Mimaland masih wujud hingga kini.

                                         Dahulunya pintu masuk ke taman rekreasi yang indah..

Antara petikannya:

salam.. sy SR kat sini.. saya amat teruja mengenai group korang nih..
tak mo cakap banyak.. MIMALAND.. tu adalah kampung saya.. sedara mara saya banyak duduk kat area mimaland.. dan saya pun memang la selalu dok sana.. ulang alik dari umah.. kalo nak tau.. tempat tuh mmg keras sgt2.. pkcik n mkcik saya penah keja kat situ ms zaman kegemilangannya.. masa tutup tuh pun, saya bru drjah 2 or 3..hehehe

jangan kata mimaland je, sebelum mimaland, kat simpang batu 10-11, simpang palembang, kat situh pun byk kejadian n cik ponti berkeliaran.. termasuk pkcik, macit n sepupu sy penah kena.. dia melekat je kat cermin keta smpai cousin sy hmpir exsiden langgar lori.. kebetulan dia bawak baby dia.. mmg truk la dia nanes…

berbalik area mimaland tuh mmg keras giler la.. uma macit2 n arwah atuk sy pun area situ, kira2 100m dr mimaland pun slu mende2 dtg kaco.. kadang2 ponti la, antu kaki 3 la, SWeet pun ada, pling angker antu penanggal.. kua dok lepak dpn uma pun kene kaco.. de je nmpk mende tuh ats pokok durian.. kekadang si sweet ni men lompat2 tgh jalan.. dlm uma lagik la.. mcam2 ada.. oleh sebab sy di besarkn di sana.. n most of my family member mmg asal gombak.. jadi da bese la..


                                                  ..tetapi kini pintu masuk ke alam angker


                                               Basikal air kini tinggal kenangan..


                                                                    Van company




                                      Suatu ketika dahulu merupakan ofis taman rekreasi
                                     



                                 Dahulunya tempat ini sesak dengan orang ramai yang menunggu bas


                   Jalan ke Mimaland ini dahulunya sibuk, sekarang sunyi sepi dan menyeramkan

tempat tinggal macam ni..macam2 benda aneh suka duk sini...



melayukini

Catat Ulasan

5 Ulasan

  1. ohh gitu rupanya.... hmmmm......
    baru tahua da mimaland...

    BalasPadam
  2. pernah dengar tapi tak pernah pi,masa tu kecik2 lagi, penah tengok dlm tv

    BalasPadam
  3. @Alieza Dayasari
    dulu2 akak pernah dengar..pastu senyap je

    BalasPadam
  4. @Rosniena
    ya Betul..kalau tak silap dalam cerita yang sharifah aini ngan Hail Amir berlakon

    BalasPadam
  5. Sayangnya...
    Membazir sungguh...
    mbazir duit utk bina tempat ni, bazir ruang...
    huhu..

    BalasPadam

jerit kat sini