Loading...
Manusia telah dikurniakan akal dan fikiran yang mampu membezakan antara mereka dan haiwan.
Ada yang menggunakan akal fikiran ini dengan waras, ada yang sebaliknya.
Malah ada yang menggunakan kelebihan yang diberikan ini dengan membuat perkara yang pelik-pelik…malah ada yang tak terjangkau oleh fikiran.
Di Singapura, seorang pencipta Hooman Samani telah berjaya mereka bentuk sejenis alat untuk mencipta SUASANA BERCIUM menggunakan dua bibir tiruan yang bergerak!
Alat ini dinamakan sebagai ‘Kissenger’, iaitu gabungan perkataan Kiss dan Messenger.
Cara penggunaan alat ini mudah saja.
Pengguna akan mencium sejenis alat peranti pemancar yang bersaiz seperti bola lisut.
Peranti itu umpama bibir yang sangat sensitif pada sentuhan.
Untuk membolehkan alat Kissinger ini berfungsi, dua peranti alat berkenaan diperlukan bagi membolehkan proses ciuman jarak jauh itu berlaku.
Untuk itu, dua individu atau sepasang kekasih yang ingin bercium harus mencium alat tersebut pada masa yang sama atau secara serentak.
Yang ‘potong stimnya’ alat tersebut berbentuk muka khinzir, jadi lupakanlah hasrat anda untuk mencubanya kecuali anda sanggup melupakan seketika ‘parasnya’, sebaliknya berimaginasi kononnya ia bibir milik insan yang menjadi pujaan anda.
Apapun penciptaan alat ini tetap dianggap satu penciptaan yang hebat….apa kata anda, atau adakah anda juga termasuk dalam golongan yang ingin mencuba ‘keberkesanannya’?
Heheheheh, tepuk dada tanya selera. –
Oleh SYAHRIL A. KADIR
0 Ulasan
jerit kat sini