Loading...
Kenali Kristina Rei, wanita yang kini mempunyai bibir terbesar di dunia.
Kristina yang hanya berusia 22 tahun dan telah membelanjakan £4,000 (RM19,767) untuk suntikan bibir dengan harapan menyerupai heroin filem kegemarannya, Jessica Rabbit.
Juruhias kuku dari St. Petersburg, Rusia itu yakin bahawa bibir nipisnya dahulu adalah hodoh, jadi dia memilih untuk melakukan pengubahsuaian bibir - sebanyak 100 kali- dengan matlamat menjadikan muncung besarnya lebih besar!
Bercerita mengenai muncung gemuknya, Kristina berkata: “Saya rasa saya kelihatan hebat dan ia membuat saya gembira. Kadang-kadang orang yang tidak dikenali menjerit pada saya di jalanan seperti “bibir besar” tetapi saya tidak peduli. Saya ingin melakukan lebih melampau lagi. Saya mahu kelihatan seperti watak kartun,”.
Dia menambah: “Saya ketagih – saya sukakannya.”
Kristina inginkan bibirnya dibesarkan sejak dia berusia empat tahun lagi, dan berkata dia sentiasa rasa tidak yakin dengan rupa parasnya – dan usikan semasa zaman kanak-kanaknya tidak membantu keyakinan dirinya.
Iklan televisyen Rusia yang mempromosikan pembedahan kosmetik adalah perkara biasa, katanya, memberikannya idea di usia sangat muda.
Dia mendapatkan suntikan pertama pada usia 17 tahun, dan sejak itu dia tidak pernah pandang kebelakang lagi. Kristina boleh makan, bercakap dan bercumbu dengan cara serupa dia melakukannya sebelum ini dan berkata dia tidak mengalami apa-apa kesan yang menyakitkan.
Kristina berkata: “Selain daripada bagaimana saya kelihatan, bibir saya belum ada impak besar pada kehidupan saya, jadi saya pasti tidak akan berhenti sekarang,”.
Perunding Pakar Bedah Plastik, Dr Yannis Alexandrides dari 111 Harley St, memberitahu Yahoo! Lifestyle: “Obsesi Kristina dengan suntikan bibir ini bererti dia mungkin menghidapi sindrom dysmorphia badan (sejenis penyakit mental) dan ini tidak akan menjadikannya calon yang baik untuk mendapatkan lebih banyak penambahan komestik,”.
Dr Yannis percaya yang pandangan Kristina mungkin berkait dengan tanggapan masyarakat terhadap aspek kecantikan dan berkata: “Orang mengaitkan bibir yang sangat nipis dengan penuaan dan bibir penuh dengan muda dan kualiti-kualiti yang boleh dipercayai.”
Dia menambah: “Dalam jangka panjang suntikan-suntikan itu tidak bagus dan bertentangan dengan nilai estetika yang baik.”
Penagih kecantikan itu merancang untuk mendapatkan lebih banyak suntikan kerana dia merasakan yang bibirnya “ternyata masih terlalu kecil pada ketika ini”.
Dia berkata: “Bibir besar saya telah membantu meningkatkan keyakinan saya. Malah ibu bapa saya gembira untuk saya. Mereka benar-benar tidak kisah dengan rupa saya. Beberapa rakan saya memberitahu saya tidak sepatutnya membesarkan lagi bibir tetapi saya belum puas hati,”.
Selain bibirnya, Kristina berharap untuk mendapatkan lebih banyak pembedahan kosmetik pada masa akan datang, termasuk buah dada dan hidung serta telinga tajam “seperti seorang bunian”.
0 Ulasan
jerit kat sini