Murid rakam imej dipercayai hantu?

Murid rakam imej dipercayai hantu?

Loading...
GAMBAR rakaman telefon bimbit menunjukkan satu bayangan putih melalui tangga rumah di Solihull.


BIRMINGHAM - Seorang murid sekolah, Reece Pitman yang berumur 12 tahun yang mendengar bunyi angin menderu menggunakan telefon bimbit berkamera untuk merakamkan imej hantu di rumahnya, lapor sebuah akhbar .

Pitman berjaya merakamkan imej hantu itu yang seolah-olah sedang melalui tangga di rumahnya di Solihull, Birmingham.

Dia merakamkan imej itu beberapa hari selepas adiknya yang berumur sembilan tahun menyatakan teka gambar miliknya telah disempurnakan oleh seseorang pada waktu malam.

Pitman kemudian menunjukkan imej itu kepada ibunya, Tonia yang berumur 38 tahun.

"Pitman kelihatan takut.

"Dalam imej itu terdapat satu bayang putih yang muncul dari bilik tidur saya diikuti dengan imej hitam seperti seorang lelaki," tambahnya.

Seorang anggota Persatuan Paranormal Britain, Julian Banks menyatakan imej hantu itu boleh dianggap sebagai yang terbaik pernah dirakamkan.

Tonia yang berkhidmat sebagai pembantu jualan berkata: "Saya tidak percaya adanya hantu.

Bagaimanapun, saya memikirkan imej itu sebagai malaikat yang menjadi penjaga saya."

Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. tak nampak la. yg mana hantu yang mana tangga?

    BalasPadam
  2. hihihi..akak rasa akak cam nampak..ada rupa muka lelaki..macam berkabus gitu

    BalasPadam
  3. ntahla.puas dok cari tapi tak jumpa pon.hmmm

    BalasPadam

jerit kat sini