Kepala Obama terhantuk!!Lihat!!!

Kepala Obama terhantuk!!Lihat!!!

Loading...
KEPALA Obama terhantuk pada pintu helikopter di White House 

WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama mengikut tingkah laku George W. Bush kerana beliau kini kerap melakukan kesilapan lucu, lapor sebuah akhbar .

Dalam satu insiden ketika hendak menaiki sebuah helikopter di White House , kepala Obama terhantuk pada pintu helikopter ketika beliau leka melambaikan tangannya.

Selepas terhantuk, beliau kemudian tunduk dan memasuki helikopter tetapi nasibnya kurang baik kerana insiden melucukan itu dirakamkan oleh ramai jurugambar.

Pada 2005, Bush yang memegang jawatan Presiden AS ketika itu terlanggar sebuah pintu ketika beliau hendak keluar sewaktu menghadiri satu sidang akhbar di Beijing.

Pada Januari lepas, Obama cuba membuka sebuah tingkap kaca di pejabat Presiden di White House selepas beliau menyangka ia adalah pintu.

Kesilapan melucukan yang dinamakan Bushism ini bertukar menjadi Obama-isms selepas Obama terus melakukan perkara yang sama.

p/s insiden ni memang dah lama berlaku...namun ianya memang melucukan dan pemimpin2 dunia memang sentiasa menjadi perhatian masyarakat

Catat Ulasan

0 Ulasan