Loading...
Emas di hujung pelangi
Sekarang baru kita tahu apa yang ada di hujung pelangi - dan ia bukannya sebuah tempayan berisi emas!TIDAK ada tempayan berisi emas di hujung pelangi ini, hanya laluan bertol di Lebuh Raya 241 California.
Sebaliknya ia bertemu dengan laluan bertol Lebuh Raya 241 di Orange County, California, Amerika Syarikat.
Menurut saksi, pelangi itu bergerak hanya 30 meter sejam.
Gambar yang menakjubkan ini diambil jurugambar amatur, Jason Erdkamp, menggunakan iPhone miliknya Ahad lalu, selepas ribut melanda pantai barat pesisiran Amerika Syarikat.
Menurut mitos rakyat Amerika, sepatutnya terdapat sebuah tempayan berisi emas di hujung pelangi, yang dikatakan mungkin disorokkan oleh lelaki kerdil, Leprechaun.
Bagaimanapun, Jason, dari pinggir bandar Lake Forest, Los Angeles berkata: "Tidak ada tempayan berisi emas, tetapi saya menang AS$25 pada malam itu melalui tiket loteri."
p/s ada-ada saja diorang ni
5 Ulasan
Suka tengok pelangi...sambil memikirkan kekuasaan Yang Esa.
BalasPadamHAHA. pernah dengar juga hujung emas ada emas.. lalala~ mitos~ ok. thanks for sharing :)
BalasPadamtak pernah pon dengar hujung pelangi ada emas. 1st time dengar nie. hik3
BalasPadamhaha..akak pun first time dgr ada emas dihujung pelangi..
BalasPadamsaya pun first time dengar hujung pelangi ada tempayan berisi emas..
BalasPadamjerit kat sini