Loading...
CHINA – Seorang lelaki yang tidak mempunyai sebarang pekerjaan, Wang Xiaolin, 42, ditemui mati oleh orang-orang kampung di atas katil dalam rumahnya selepas curiga tidak melihat kelibat lelaki itu selama beberapa hari.
Xiaolin yang tidak bekerja semenjak 10 tahun lalu dilihat kali terakhir oleh bekas guru sekolah rendahnya pada 5 Mac lepas sewaktu guru itu berkunjung ke rumahnya untuk memberikan rokok kepada Xiaolin.
“Saya datang ke rumahnya untuk memberikan rokok kepada dia. Dia sangat kurus ketika itu,” kata Cikgu Liu seperti dalam laporan Daily Chilli.
Namun, beberapa minggu kemudian, penduduk kampung mula curiga dan risau kerana tidak melihat Xiaolin di luar rumah kerana kebiasaannya lelaki itu akan merayap dan berjalan-jalan di sekitar kampung.
“Saya rasa dia mati kelaparan kerana tidak makan atau menjamah apa-apa,” kata seorang penduduk kampung.
Menurut cerita penduduk kampung di situ, Xiaolin pernah ditawarkan untuk berkhidmat sebagai seorang guru pada tahun 1995 sejurus selepas dia tamat belajar di universiti tempatan tetapi berhenti tidak lama selepas itu dan terus pulang ke rumah ibunya.
Di kampungnya, Xiaolin masih lagi mengamalkan sikap malasnya apabila dia langsung tidak membantu ibunya yang bekerja sebagai petani ketika itu dan hanya mengamalkan ‘pekerjaan’ tetapnya setiap hari iaitu merayau di sekitar kampung.
Kerana tidak tahan dengan perangai Xiaolin, ibunya terus berpindah keluar dari rumahnya dan meninggalkan Xiaolin selepas mereka bertengkar teruk sehingga Xiaolin bertindak mengasari ibunya.
“Dia tak pernah tolong ibunya di kebun dan hanya duduk di rumah sahaja. Sampailah satu masa, 14 tahun lalu, ibunya keluar dari rumah kerana tidak tahan dipukul dan dimarahi oleh Xiaolin,” kata penduduk kampung lain.
Selain itu, disebabkan tahap malas Xiaolin yang terlalu tinggi dan tidak mahu bekerja, Xiaolin kerap meminta makanan dari penduduk kampung atau masuk ke kebun-kebun petani lain dan memetik sayuran serta buah-buahan untuk dimakan mentah-mentah.
“Bila dia lapar, dia akan memetik buah-buah, jagung, kekacang atau sayur di kebun kami dan memakannya secara mentah. Malah, Xiaolin terlalu malas untuk menukar cadar tilamnya sendiri hinggakan sanggup tidur di atas papan atau kotak di waktu malam.

0 Ulasan
jerit kat sini