Loading...
"Seksa diminati adalah lebih seksa daripada seksa meminati. Bagaimana ini mungkin? Bayangkan anda tidak sukakan seseorang, tetapi dia amat sukakan anda. Hari-hari dia akan menghantar SMS buat anda, selagi tidak dibalas dia akan terus menghantar dan menghantar. Pada anggapannya kita sengaja tidak mahu membalas sebenarnya kita amat sibuk dan tiada kesempatan sama sekali.
Sesetengah orang yang terlalu meminati akan minta bercakap. Dia mahu mendengar suara dan dia mahu suaranya didengari. Apabila dia mula menelefon, dia akan kerap menelefon tidak kira pagi, petang, malam bahkan subuh. Apabila perasaan rindunya membuak-buak, dia akan menelefon, tanpa berfikir pun apakah ketika itu sesuai.
Apabila SMS yang dihantar dilayan, panggilannya berjawab, dia akan minta untuk berjumpa. Selagi tidak dipenuhi dia akan terus meminta. Pintanya hanya sekali dan andainya sekali itu dipenuhi dia akan jadikan alasan untuk sekali lagi dan lagi dan lagi.
Orang begini mengatakan mereka tidak tertanggung lagi menanggung rindu. Mereka amat-amat meminati, lantas amat-amat merindui. Mereka mahu SMS selalu, mahu telefon selalu dan mahu berjumpa selalu. Kalau boleh seminit pun tidak boleh berhenti. Setiap detik adalah mesej, suara dan juga bertentang mata.
Aduh, lemasnya terlalu diminati seperti ini. Hendak meninggalkan telefon sedetik pun curiga, kalau-kalau suami membuka dan membaca. Pada orang yang terlalu syok kata-kata seperti rindu, sayang dan cinta kadang-kadang biasa sahaja tetapi sesetengah suami tidak dapat menerima. Dia pasti cemburu, pasti marah dan pasti menghentak, “Siapa ni?”
Susahnya hendak menjawab, “Orang ini sekadar minat.”
“Minat apanya sampai bersayang-sayang pulak!? Ini syok namanya!”
“Er, tak pernah layan pun.”
“Macam mana boleh tahu nombor telefon kalau tak layan?”
“Entah, kawan-kawan bagi kot?”
“Ini tak lain, mesti kayu tiga. Abang benarkan awak pergi kerja, ini kerja awak ya?!”
“Bukan. Jangan salah sangka. Tak pernah layan pun. Sumpah.”
“Dah berapa lama ni, hah?”
“Baru je. Tak kenal pun.” “Baru-baru, dah boleh mesej sayang, rindu? Perempuan jalang.”
Aduh, susahnya hendak dijelaskan. Bagaimana hendak buatkan suami faham? Mengapa dia tidak percaya?
Diselubungi Perasaan Takut
Sesungguhnya begitulah situasi diminati. Andai dikatakan meminati itu sudah cukup seksa, diminati bertambah-tambah lagi seksanya. Dalam keadaan tidak boleh, sebab sudah berpunya, apabila lebih-lebih diminati senario berikutnya pasti sakit, susah dan perit. Ia teramat sakit jika pasangan adalah seorang yang amat cemburu, tidak rasional dan pemarah.
Apa terjadi selepas itu? Biasanya suami akan menelefon si penghantar mesej, dia memberi warning, dia mengherdik, dia marah-marah dan dia memberi kata dua. Andainya si peminat sememangnya seorang yang terlalu syok implikasi itu tidak bermakna apa-apa padanya. Dia akan tetap menghantar SMS, menelefon dan cuba berjumpa. Padanya, andainya perceraian berlaku, itu peluang telah terbuka untuknya memiliki pula.
Selepas itu hidup akan menjadi tidak seceria selalu. Perasaan takut akan menyelubungi, pasangan tidak percaya lagi. Kadang-kadang di hadapan ibu bapa dan mentua pertengkaran terjadi, itu tidak termasuk hari-hari makan perli.
Aduh, alangkah sakitnya diminati. Ia lebih sakit daripada meminati. Meminati ada tempohnya dan ada ketika turun naiknya tetapi diminati kita tidak pernah tahu bilalah orang yang meminati itu mengatur strategi. Mohon dijauhkan Allah daripada diminati andainya sudah berpunya, mohon Allah pindahkan perasaan itu kepada yang masih boleh dan patut diminati. Amin...
Dr.Tuah

0 Ulasan
jerit kat sini