Loading...
Isu kes saman Fauziah Datuk Ahmad Daud (Ogy), terhadap Johan Raja Lawak, merupakan antara isu panas yang muncul selepas berakhirnya Festival Filem Malaysia ke-24 (FFM24), pada 20 November lalu.
Biarpun Johan sudah berjanji untuk memberi kenyataan kepada media, sekiranya dia terlibat dengan mana-mana program, namun janji itu masih belum ditepati oleh Johan.
Malah Johan yang sepatutnya hadir pada majlis pratonton filem terbarunya, Bujang Terlajak Belum Terlanjur yang diadakan Selasa malam lalu, di Dewan Sri Budiman, Universiti Teknologi Mara (UiTM), masih belum mengotakan janjinya apabila kelibatnya tidak pula kelihatan.
Biarpun ramai media tertunggu-tunggu untuk mendapatkan penjelasan daripada Johan, namun pemenang tempat ketiga Raja Lawak musim pertama itu, tidak juga muncul.
Pada mulanya, ramai yang beranggapan Johan sengaja menyembunyikan diri dan belum bersedia untuk berdepan dengan perkara itu.
Bagaimanapun, menurut pengurus majlis itu, aktor itu tidak dapat hadir kerana terlibat dengan penggambaran di Johor Bharu.
Sebelum ini, Johan dan Ogy diberi kepercayaan mengacarakan malam anugerah berprestij, FFM24 bersama-sama buat pertama kali.
Insiden saman ini nyata mengejutkan ramai kerana melihat pada gurauan kedua-dua pengacara serba boleh itu, ia menjadi di atas pentas, namun tiada angin tiada ribut, Ogy meluahkan kemarahannya selepas tamat majlis anugerah itu sehingga nekad menyaman Johan atau nama sebenarnya Mohammad Yazid Lim Mohammad Aziz.
Ogy mendakwa Johan bertindak biadab, bukan setakat pada dirinya malah turut mempermainkan arwah orang tuanya, Datuk Ahmad Daud dan seniwati Saadiah.
Johan yang berjaya dihubungi Zass sebelum ini mengakui dia tidak menyangka isu tersebut dipanjangkan kerana dia ada memohon maaf kepada Ogy selepas FFM24 tamat sekiranya terdapat salah silap kata-katanya yang mengguris hati Ogy.
p/s...lain kali hati2 bila bergurau
0 Ulasan
jerit kat sini