Kerana Obesiti, Le Le Cuba Bertahan Hidup

Kerana Obesiti, Le Le Cuba Bertahan Hidup

Loading...
Le Le, budak obesiti (Gambar: China Daily)

BEIJING - Tubuhnya yang besar dan tambun untuk anak seusianya, tidak membuat Le Le berkecil hati. Anak yang menderita kegemukan badan atau obesiti ini, berusaha untuk hidup normal seperti kanak-kanak lain.

Dengan susah payah, anak kecil berusia 10 tahun ini menaiki tangga rumah sakit untuk menjalani rawatan. Tampak peluh menyusur di dahinya, sementara nafas terdengar termengah-mengah tanda dirinya sudah lelah.

Tetapi dirinya terus berusah kelihatan normal di depan para doktor dan jururawat yang bertanya keadaannya. "Baik, baik," kata Le Le saat ditanya keadaannya oleh doktor seperti dikutip China Daily , Selasa (1/11/2011).

Pada kenyataannya, budak yang memiliki berat 155 kilogram ini jauh dari baik. Walaupun dia berusaha keras. Lewat rawatan yang sudah berjalan selama satu bulan lebih di Rumah Sakit Huakang, berat badan Le Le saat ini sudah berkurangan 10 kilogram.

"Dia tampak jauh lebih terbuka dan bersedia berbicara kepada kami," ungkap doktor Niu Guichen yang merawatnya sejak 3 Oktober lalu.

Menurut doktor tersebut Le Le sebelumnya hanya tidur di kerusi roda dan tidak berusaha sedikitpun untuk berkomunikasi. Keadaan ketika ini membuktikan bahawa Le Le mulai berubah dari sisi sifat dan bahkan terus berusaha untuk hidup normal.

Catat Ulasan

0 Ulasan