Kepada Yang Suka Mengembara,Melancong...Jangan Ketinggalan,Baca Ni!

Kepada Yang Suka Mengembara,Melancong...Jangan Ketinggalan,Baca Ni!

Loading...
Di dunia ini, ada kota yang dinobatkan sebagai kota paling romantis (Paris), bandar tersibuk (New York) atau bandar terkecil (Kota Vatican) di dunia. Tapi ada pula yang mendapat reputasi, salah satunya bandar yang paling berbau di dunia.

Laman travel Skyscanner.com, seperti ditulis Courier Mail menyebut, ada lima bandar yang dianggap mempunyai aroma yang paling tidak sedap di dunia. Meskipun begitu, bandar ini tetap jadi salah satu destinasi pelancongan yang terkenal. Tapi bandar-bandar ini tentu saja bukan pilihan pertama jika anda mengharapkan bercuti di tempat dengan udara sejuk dan segar.

Ini 5 Bandar Paling Berbau Di Dunia

1. Cancun, Mexico
Cancun terkenal di kalangan para pelancong asing kerana keindahan pantai dan atmosfera pestanya yang kuat. Tapi tak hanya itu, Cancun juga popular kerana baunya yang tidak sedap. Konon, bau menyengat yang sering tercium di bandar pantai yang terletak di bahagian selatan Mexico ini berasal dari got bawah tanah yang berada di kawasan hotel-hotel.

2. Venice, Itali
Bandar ini memang punya reputasi sebagai bandar yang indah dan romantis. Tapi sebaiknya jangan melawat Venice di bulan-bulan musim panas. Pada tempoh itu, sistem sanitari atau pam pembersihan sampah sedang melakukan tugas rutinnya. Iaitu membuang semua kotoran terus ke saluran. Di cuaca panas, aroma 'aneh' yang menyengat akan lebih tajam tercium. Hehehe

3. Rotorua, New Zealand
Rotorua adalah sebuah bandar di tepi selatan Tasik Rotorua di region Bay of Plenty, Pulau Utara New Zealand. Bandar ini terkenal dengan tempat mandian air panasnya yang hebat. Namun, para pelancong sepertinya akan sedikit terganggu dengan bau-bauan yang sepintas mirip aroma telur busuk. Hal itu disebabkan pembebasan hidrogen sulfida dari geyser. Kerana bau belerang yang sangat menyengat, Rotorua juga dikenali dengan sebutan "Bandar Sulfur".

4. St Helen Auckland, Durham
St Helen Auckland, mungkin bukan destinasi percutian yang tepat jika yang anda perlukan adalah udara yang segar. Hampir sebahagian besar pertanian tempatan menghasilkan bawang, sehingga desa kecil ini pun berbau seperti bawang yang sudah tengik. Beberapa pelancong yang pernah berkunjung ke sini mewanti-wanti, ada kalanya mereka tidak boleh meninggalkan rumah, bahkan tidak berani membuka tingkap kerana bau yang sangat busuk dan menusuk hidung.

5. Côte-d'Or, Perancis
Daerah di bahagian selatan Perancis ini sering berbau kurang sedap kerana merupakan pusat pengeluaran keju yang paling bau di dunia. Nama keju tersebut adalah The Epoisses de Bourgogne. Baunya sangat tidak enak, sehingga makanan yang satu ini dilarang untuk dibawa dalam pengangkutan awam.

Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. gambaq kat atas sekali tu best..lagi best kalau dapat pi situ..hehe

    BalasPadam

  2. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit, semoga kebaikan hati Tuan/Puan menjadi amal ibadah hendaknya amiin….

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.


    BalasPadam
  3. @Nzyrahun
    janji tempat cantik...bau2 tu tolak tepi dulu...hihi

    BalasPadam

jerit kat sini