Untuk Wanita Diluar Sana...Baca!!!!!,Ramai wanita putus cuping telinga!

Untuk Wanita Diluar Sana...Baca!!!!!,Ramai wanita putus cuping telinga!

Loading...

LONDON - Dua pakar bedah memberi amaran subang bersaiz besar boleh membahayakan wanita yang memakainya, lapor sebuah akhbar semalam.
Aksesori itu kini menjadi popular selepas ramai selebriti Hollywood dilihat memakainya termasuk Beyonce Knowles, Kate Beckinsale, Kate Winslet dan Wanita Pertama Amerika Syarikat, Michelle Obama.

Bagaimanapun, pakar bedah plastik Britain, James McDiarmid berkata, anting-anting besar boleh merosakkan cuping telinga sehingga menyebabkan bahagian itu putus.

"Selain cuping telinga putus, bahagian itu akan membengkak dan membentuk gumpalan sebesar sebiji guli," katanya.

Pakar-pakar bedah plastik melaporkan terdapat peningkatkan pemintaan di kalangan wanita yang mahu memulihkan cuping telinga mereka yang putus.

Seorang pakar bedah, David Gault berkata, satu pembedahan mungkin boleh dilakukan pada masa depan bagi memperkukuhkan cuping telinga.

Subang itu yang rata-ratanya bersaiz 7 hingga 15 sentimeter menjadikan keanggunan si pemakainya terserlah tetapi telinga manusia tidak dapat menahan beban berat aksesori tersebut.

p/s Nasib baik akak tak pakai anting-anting..:)

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. kesimpulannya x pyhlh pakai subang lg baik. Telinga yg Allah bg dh cukup baik. X pyh nk ubah2 ciptaannya.

    BalasPadam
  2. itulah org kata, nak berhias tak payah nak melampau.. kan elok je pakai tudung.. tak payah nak subang2 bagai haa

    BalasPadam

jerit kat sini