Loading...
Datuk Keliling Dunia dengan 200 Alat Pengangkutan
Edwin Shackleton (Gambar: Orange)
LONDON - Di usianya yang mencapai 84 tahun, Edwin Shackleton masih mempunyai ghairah untuk melakukan perjalanan. Dirinya berjaya memecahkan rekod keliling dunia menggunakan lebih daripada 200 alat pengangkutan di usia 84 tahun.
Lelaki pesara yang gemar mencetuskan adrenalin ini, menikmati perjalanan dunia dengan pelbagai kenderaan seperti belon gas, kuda bahkan beca. Dirinya juga sempat memandu kereta kebal, motosikal, kapal layar serta basikal. Demikian diberitakan Orange , Selasa (8/11/2011).
Shackleton menghabiskan masa selama tiga tahun untuk memecahkan rekod tersebut. Kini dirinya mengharapkan Guiness Book of Records dapat mengakui rekod itu.
Lelaki bekas jurutera pesawat terbang ini, sebelumnya pernah juga masuk dalam Guiness Book of Records apabila menjelajahi dunia dengan pelbagai jenis pesawat. Rekod itu dipecahkannya ketika berusia 70 tahun.
Lelaki Inggeris ini mengaku dirinya mendapatkan idea dari sebuah acara televisyen Inggeris. Dirinya mengaku terinspirasi dari Charlie Boorman yang melakukan perjalanan dari Ireland ke Australia menggunakan 100 jenis pengangkutan yang berbeza.
p/s jangan pandang orang tua sebelah mata tau...

0 Ulasan
jerit kat sini