Loading...
Di segi hukum tidak sesiapa boleh menafikan hak tersebut namun sebagai manusia sepatutnya timbang rasa dan budi bicara diletakkan di tengah-tengah demi menjaga hati orang yang tersayang.
Apatah lagi apabila si isteri dalam keadaan memerlukan suami untuk sama-sama memikul tanggungjawab dan keperitan selepas melahirkan anak.
Malangnya segala yang diharapkan itu tidak menjadi dalam hidup Mardiana Majid (bukan nama sebenar) yang telah dua tahun lebih bernikah dengan Rizal Jamil (bukan nama sebenar).
Perkahwinan berasaskan cinta dan kasih sayang itu rupanya begitu rapuh apabila Rizal tidak dapat memenuhi janjinya untuk seia sekata dengan Mardiana sampai ke akhir hayat.
Kepulangan bekas kekasihnya Anita Ismail dari luar negara menjadikan Rizal hilang punca sehingga sanggup menduakan kasihnya terhadap Mardiana.
Apa yang menyedihkan lagi di saat Mardiana memerlukan Rizal setelah selamat melahirkan anak pertama mereka, Rizal tergamak melangsungkan perkahwinannya dengan kekasih lamanya itu.
Segala-galanya berlaku begitu cepat. Diana langsung tidak tahu bahawa suaminya merancang untuk bernikah lagi kerana dua minggu sebelum bersalin Rizal sudah menghantarnya pulang ke kampung.
Seminggu selepas pulang ke kampung Diana melahirkan seorang bayi perempuan. Rizal segera pulang kononnya seronok sangat dapat anak.
Seperti biasa Diana tetap melayannya dengan gembira lebih-lebih lagi kerana kini mereka telah bertiga.
''Abang tidak dapat pulang sampai hujung bulan ini, banyak kerja. Kalau ada masa abang balik awal bulan,'' kata Rizal sebelum berangkat pulang ke bandar.
Sepanjang dua minggu Rizal langsung tidak menelefon bertanya khabar. Biarpun Diana sedih tetapi dia faham mungkin Rizal banyak kerja.
Dua minggu kemudian sepupu Diana, Hamidah pulang dari bandar. Dia meluru ke rumah Diana ketika Diana sedang menyusu bayinya. ''Kak Diana, abang Rizal tidak balikkah minggu ini?'' selamba dia bertanya.
Diana menggeleng kepala. Dia memandang wajah sepupunya itu dengan kehairanan.
''Kenapa?'' tanya Diana.
''Er...Kak Diana, saya bukan nak campur urusan rumah tangga kak. Tetapi sebagai sepupu saya rasa bersalah jika tidak berterus terang dengan kakak.
''Sebenarnya....sebenarnya Abang Rizal telah bernikah lagi kak. Saya tengok dengan mata sendiri. Secara kebetulan isteri barunya itu kawan baik saya masa di kampus,'' berhati-hati Midah bercerita.
Tergamam Diana seketika. Mujurlah bayi di dalam pelukannya tidak terlepas.
''Betulkah apa yang kamu katakan Midah? Kamu tidak salah orang ke?'' tanya Diana.
''Tidak kak...saya pasti itu Abang Rizal. Masa kan saya tidak kenal. Tetapi saya menyembunyikan diri takut dia nampak...'' tambah Midah penuh yakin.
''Terima kasihlah Midah....biar kakak selesaikan masalah ini. Buat sementara ini kamu jangan beritahu sesiapa,'' rayu Diana.
Air mata yang ditahan-tahan sejak Midah sampai akhirnya tidak terbendung lagi. Diana menangis sepuas hati sambil mencium bayi yang baru dilahirkannya itu.
Jauh di sudut hati Diana menyesali sikap Rizal yang sanggup menghancurkan hatinya di saat dia sedang berada dalam pantang.
Padanlah beria-ia benar dia memberitahu tidak dapat menjenguk Diana dan bayi mereka, rupanya dia nak menjadi raja sehari untuk kali kedua.
Seperti dijanji pada awal bulan Rizal muncul dengan wajah berseri-seri. Dia membawakan pelbagai barangan bayi yang baru dibelinya. Seronok nampaknya dia.
''Apa khabar sayang,'' Rizal bersuara. Sayangnya Diana semakin meluat dan benci dengan gelagatnya.
''Kenapa diam ini tak gembirakah abang dah balik?'' Rizal semakin mesra.
''Gembira lagi orang yang baru naik pelamin,'' tegas Diana menjawab. Serta merta wajah Rizal berubah. Kata-katanya terus mati. Matanya tepat merenung mata Diana.
''Kenapa? Ada yang tidak kena? Abang tidak payah lagi nak berlakon bang, semuanya Diana sudah tahu. Mengaku sahajalah...'' keras Diana berkata.
Rizal tidak mampu berkata-kata lagi. Bagaimana Diana boleh tahu perkara ini? Siapa yang membocorkannya?
''Saya tidak mahu bercakap panjang lagi bang selepas saya habis pantang elok kita selesaikan. Buat masa ini abang tidak payahlah balik tengok saya dan bayi ini lagi.
''Abang layanlah isteri baru abang itu dengan sepuas-puasnya. Saya tidak berharga dalam hidup abang'' kata Diana.
''Jangan cakap begitu Diana. Abang minta maaf abang tidak berniat nak berlaku kejam pada Diana. Berilah abang peluang untuk membuat penjelasan,'' rayu Rizal.
''Penjelasan? Tidak perlu bang semuanya sudah jelas. Diana mahu dibebaskan keputusan Diana muktamad,'' ujarnya.
Rizal tidak berdaya memujuk. Semuanya sudah musnah. Rahsianya terbongkar sebelum sempat dia berterus terang dengan Diana.
Rizal mengaku dia telah menyakitkan hati Diana tetapi dia juga tidak dapat mengetepikan Anita seperti itu sahaja demi kasih yang telah mereka ikat sejak enam tahun lalu.
Inilah ganjaran yang diperolehinya kerana menyakitkan hati isteri. Pun begitu Rizal masih tetap berdoa semoga Diana akan berubah dan menerimanya kembali walaupun terpaksa hidup bermadu.
Habis sahaja pantang Diana segera membuat laporan ke pejabat kadi. Satu persatu diceritakan dengan penuh emosi sehinggakan kadi turut terdiam tanpa kata-kata.
''Saya akan menghubungi puan untuk mendapatkan keterangan lanjut. Fikirkanlah masa depan bayi yang masih mentah itu. Dia perlukan bapa,'' nasihat kadi.
''Memang dia perlukan bapa tetapi bapanya lebih memerlukan seorang isteri baru. Biarlah saya sahaja yang menjaganya,'' jawab Diana.
Terpukul kadi dibuatnya. Tidak berdaya lagi dia meneruskan nasihatnya. Kekecewaan yang ditanggung oleh Diana sudah sampai sempadannya.
Keputusannya untuk hidup sendiri adalah muktamad. Tidak siapa boleh mengubah keputusan itu lagi.
p/s banyak yang terjadi kes sebegini..kawan2 akak pun ada..hanya yang betul2 tabah saja yang mampu mengharunginya...

0 Ulasan
jerit kat sini