Loading...
Kali ini kita baca pula kisah "Apabila sakit baru ingat isteri tua"
Tak tujukan pada siapa-siapa pun,pada yang terasa ampun maaf...sekadar berkongsi je...
Juga untuk renungan kita bersama...tak salah kan?
Betulkah dakwaan sesetengah wanita yang hidup bermadu bahawa apabila ditimpa kesusahan dan sakit demam suami akan pulang ke pangkuan isteri tua?
Dakwaan ini mungkin tidak dipersetujui oleh mereka yang bermadu tetapi itulah hakikat yang dirasakan oleh Aminah Ismail (bukan nama sebenar) lantaran terpaksa menjaga suami sakit walaupun telah tiga tahun suaminya tidak pernah mengambil tahu tentang hidupnya dan anak-anak.
Pernikahan dengan seorang wanita muda Haliza Mahmud (bukan nama sebenar) menjadikan suaminya Aziz Ahmad (bukan nama sebenar) tidak bebas.
Sikap Queen Control Haliza akhirnya menyebabkan Aziz melupakan terus Aminah dan anak-anak. Mujurlah anak-anak Aminah sudah dewasa dan be-kerja untuk meringankan beban Aminah yang membuka kedai runcit.
Sepanjang tiga tahun itu Aminah cukup terseksa dan menderita lahir batin tetapi kerana anak-anak dia memendam rasa dan bersabar. Biarpun terseksa Aminah yakin satu hari Aziz akan kembali kepadanya. Biarpun Aziz tidak menjalankan tanggungjawabnya terhadap Aminah dan anak-anak tidak pernah terlintas langsung dalam fikiran Aminah untuk membalas dendam.
Malah ketika Aziz menelefon meminta maaf dan merayu untuk kembali tinggal bersamanya semula Aminah menangis dan sanggup menerimanya semula.
"Walaupun abang telah mensia-siakan hidup saya dan anak-anak saya tetap sayangkan abang. Saya sanggup menjaga abang biarpun abang sedang sakit,'' kata Aminah terisak-isak sebaik sahaja Aziz selamat sampai ke rumahnya.
Keikhlasan hati Aminah menjaganya menyebabkan Aziz semakin merasa bersalah dan menyesal dengan perbuatannya yang lalu.
"Abang harap Aminah dapat memaafkan kesalahan abang. Sekarang baru abang tahu yang mana intan yang mana kaca. Abang tidak sangka yang dia (isteri muda) sanggup membiarkan abang seorang diri di rumah kerana tidak mahu menjaga abang,'' katanya sebak.
Sebagai wanita yang cukup matang dan masak dengan kerenah hidup bermadu, Aminah tidak sedikit pun berkecil hati dengan perbuatan Aziz menduakannya.
Aminah menerima kenyataan tetapi sikap Aziz yang membuang terus dirinya dan anak-anak itu yang dikesalkan oleh Aminah. "Abang mahu mati di rumah ini. Di samping Aminah dan anak-anak. Inilah masanya abang menebus kesalahan abang pada masa lalu,'' katanya lembut.
Biarpun Aminah tahu Aziz tidak mahu lagi menyebut nama isteri mudanya, Aminah memberanikan diri bertanya apa yang hendak dilakukannya dengan perempuan itu.
"Abang akan membebaskan dia. Tidak guna lagi mempunyai isteri yang bersikap memen-tingkan diri sendiri. Selama ini pun dia tidak mengambil berat tentang diri abang.
"Kalau abang cerita pun, menambah sedih hati abang sahaja. Biarlah semua itu abang simpan dalam hati,'' kata Aziz memujuk hatinya. "Maksud abang...'' Aminah memberanikan diri bertanya.
"Abang telah menceraikan dia. Itu atas permintaannya sendiri. Abang tahu dia tidak mahu menjaga abang dalam keadaan ini. Dulu abang sihat banyak duit tentulah dia mahu sekarang keadaan menjadi sebaliknya. Tentu dia malu!
"Dengan lagaknya yang keterlaluan itu abang tidak fikir dia akan menjaga abang dengan baik. Langkah terbaik ialah dengan membebaskan dia. Lagipun sudah lima bulan dia tidak pulang ke rumah, dengar khabar dia menyewa dengan kawan-kawannya,'' tegas Aziz.
Aminah menitiskan air mata mendengar cerita suaminya. Sama sekali tidak disangkanya Aziz juga menderita dek perbuatan isteri mudanya.
Bagaimanapun Aminah sedar madunya bukan calang-calang orang. Dia bijak dan bergaya. Lagak dan gayanya itulah yang menjerat Aziz sampai melupakan Aminah dan anak-anak.
Namun Aminah bersyukur penderitaan itu kini telah berakhir. Aziz sendiri mengaku sebelum dia jatuh sakit dia telah membahagi-bahagikan harta yang ada kepada Aminah dan anak-anak serta Haliza.
"Jika abang mati pun tidak ada masalah yang akan timbul lagi. Dia tidak patut menuntut apa-apa lagi kecuali yang diputuskan oleh faraid,'' pesan Aziz.
"Saya tidak pentingkan itu semua bang...cukuplah dengan kembalinya abang ke pangkuan kami,'' jujur Aminah berkata. Sebagai isteri Aminah reda dengan apa yang berlaku. Bukanlah harta yang jadi pilihan tetapi kasih sayang dan keinsafan Aziz paling utama.
Biarpun keadaan Aziz tidak sempurna seperti masa lalu Aminah bertekad akan menjaganya dengan penuh kasih sayang selagi hayatnya ada.
Yang paling utama anak-anak Aminah mendapat semula ayah mereka.
p/s sekadar sebuah penceritaan je..
tak ada kene mengena ngan yang hidup mahupun yang mati..

1 Ulasan
000iiiiiii !!
BalasPadamjerit kat sini