Loading...
Masih adakah sahabat sejati di dunia ini? Barang kali ada yang menjawab YA, ada juga mengatakan TIDAK. Kebanyakan orang berkata, kawan memang ramai tetapi sahabat belum tentu. Sebab antara kawan dan sahabat ada perbezaan.
Kawan senang dicari tetapi tidak sahabat. Kita boleh berkawan dengan sesiapa sahaja yang kita suka dan memiliki seberapa ramai kawan yang kita mahu. Namun sahabat hanyalah untuk orang tertentu sahaja. Sahabat lebih akrab hubungannya. Susah senang segalanya boleh dikongsi bersama.
Apa pula kaitan tangan dan mata dengan persahabatan. Jawapannya adalah persahabatan itu seperti tangan dan mata. Ketika tangan terluka, mata menangis, dan saat mata menangis, tangan menghapuskan air mata. Alangkah manis ungkapan ini, terasa benarnya!
Sahabat sejati adalah sahabat yang sama-sama mahu menempuh saat suka dan duka. Tidak hairan ada orang menjalin persahabatan bertahun-tahun lama, diikat pula dengan hubungan sesama keluarga yang erat. Sahabat begini sesungguhnya susah ditemui tetapi ada di dunia ini. Cuma masa dan keadaan menemukan kita dengan sahabat sejati.
Namun persahabatan itu tidak terjalin atas landasan lurus. Sepanjang perjalanan membina hubungan persahabatan, tidak sedikit dugaan dan ujian melanda. Sebab itu, ada persahabatan tidak kekal lama. Akhirnya tinggallah kita sendiri tanpa sahabat. Dunia menjadi sepi dan sunyi, hilang sahabat umpama hilang separuh diri.
Sahabat Umpama Tangan & Mata

0 Ulasan
jerit kat sini