Hati Batma Walang Tak Mampu Sedia Makanan Untuk Anak-anak

Hati Batma Walang Tak Mampu Sedia Makanan Untuk Anak-anak

Loading...

Tepat jam 5 pagi, matanya pasti terjaga. Perkara pertama difi kirkannya, apa mahu dimasak bagi mengisi perut anak-anaknya. Selalu, jawapannya kabur. Bukan tidak tahu apa hendak dimasak tetapi tiada apa yang boleh dimasaknya. Dapurnya kosong. Tiada lauk mentah, roti atau apa pun di dapurnya.

Setiap kali memandang dapurnya yang kosong, setiap kali itulah hatinya menangis. Dia tahu anak-anaknya akan kelaparan ke sekolah. Dia juga tidak mampu memberikan wang belanja yang banyak kepada anak-anaknya kecuali RM1 seorang setiap hari.

Dia melepaskan anaknya pergi dengan linangan air mata kesedihan kerana tidak berupaya menyediakan makanan untuk anak-anak nya ke sekolah. Ketika waktu rehat di sekolah, baru anaknya merasa makanan. Itu pun setelah nama mereka terpilih menerima maka nan secara percuma melalui Rancangan Makanan Tambahan yang disediakan oleh pihak kerajaan. Dapat anak-anaknya meng alas perut.

Bila tiba tengah hari pula, sekali lagi hatinya menjadi walang. Dia memikirkan kembali apa makanan yang boleh dimasaknya untuk dimakan oleh anak-anaknya yang baru kembali dari sekolah nanti. Apa yang ada di dapur, itulah dimasaknya. Selalunya yang ada cuma cili kering yang telah dikisar, dia akan menggorengnya sehingga garing dan bila anak-anaknya balik, dia akan menggaulnya dengan nasi dan kicap.

Itulah makanan rutin anak-anaknya saban masa. Bukan si anak tidak pernah bersungut dan menangis kerana tidak merasai ayam, ikan dan sebagainya tetapi dia tidak kemam puan menyediakan semua yang dimahukan anak-anaknya.

Kisah sedih ini bukan berlaku di kampung jauh dari pedalaman sebaliknya berlaku di tengah kota metropolitan, di Pantai Dalam ber se belahan kawasan elit, Bangsar yang seme mang nya terkenal dengan kekayaan dan kemewahan hidup.

Suami Lumpuh Sejak 5 Tahun Lalu
Bagi S Batmarani A/P Sellapan, 45 atau mesra disapa Batma, dia melalui semua kesedihan ini selepas suami tersayang, Velmurug A/L Rajunaidu, 43, lumpuh akibat masalah urat saraf yang dialami sejak lebih lima tahun lalu.

Sejak suaminya lumpuh dan terbaring di katil, sejak itulah hidup Batma dan anak-anak nya, Yuganes Naidu, 11 tahun dan Kaavinesh Naidu, 10 tahun berubah 100 peratus. Dahulu sewaktu suaminya yang dipanggil Vela, bekerja sebagai penghantar surat dan dengan gaji lebih kurang RM1200, dia mampu menyara hidup anak-anaknya.

Ketika itu juga, Batma bekerja sebagai jurujual di sebuah pasaraya dengan gaji RM700 sebulan. Itu sudah cukup dan memadai baginya membantu suami sekaligus mampu belikan makanan anak-anak.

Namun sejak suaminya lumpuh, hidup Batma jauh berubah. Ini kerana dia perlu men jaga suaminya sepenuh masa. Setiap tiga jam sekali, suaminya perlu diberi minum susu khas bagi memudahkan sistem penghadamannya. Jika buang air besar atau kecil, dia perlu menukar lampin dengan segera kerana jika lambat ditukar, perut suaminya akan mengeras akibat jangkitan kuman.

Tubuhnya dahulu yang agak berisi namun selepas sakit, hanya tinggal tulang sahaja. Di beberapa bahagian tubuh Vela juga mempunyai tiga luka besar akibat terbaring terlalu lama. Satu di bahagian belakang dan dua di sebelah kiri dan kanan punggungnya yang lukanya perlu dicuci setiap hari agar tidak berlaku jangkitan kuman.

“Kerana itulah saya tidak boleh bekerja. Siapa yang mahu menjaganya di rumah. Setiap hari saya akan menangis memikirkan perut anak-anak yang perlu diisi dengan tanggungjawab menjaga suami di rumah,” katanya menahan kesedihan.

Tersepit Dengan Keadaan Hidup
Jelas Batma, suaminya ada menerima bantuan wang bulanan dari SOSCO bernilai RM600, separuh dari gajinya sebelum ini selain menerima RM300 dari Jabatan Kebajikan Masyarakat. Jumlah ini mungkin nampak agak banyak tetapi perbelanjaan suaminya sebenarnya tinggi. Setiap hari, demi menampung keperluan tubuh suaminya, dia perlu menyediakan susu khas yang berharga RM30 satu tin yang akan habis diminumnya sehari.

Jika RM30 sehari, jumlah keseluruhan kos perbelanjaan suaminya sebulan adalah RM900, betul-betul mengikut jumlah wang diterima mereka setiap bulan. Sebab itulah hati Batma merasa walang kerana dia tiada wang di tangan untuk makan minum anak-anaknya. Sesekali bila keperluan sekolah anak-anak lebih mendesak, Batma akan mencampurkan susu khas itu dengan susu jenama lain untuk diminum suaminya.

“Saya hanya mahu bekerja demi memberi anak-anak saya makan. Bila anak-anak bertanya, kenapa saya tidak membawa mereka berjalan-jalan seperti dahulu, belikan mereka makanan segera yang digemari, raikan Hari Ibu dan sebagainya, apa lagi jawapan saya mahu berikan kepada anak-anak kerana saya tersepit dengan keadaan hidup ini?

“Sesekali anak-anak turun ke bawah untuk bermain dan selebihnya mereka hanya duduk di rumah sahaja. Saya takut bila anak turun ke bawah, bertemu kawan-kawan, mereka akan ternampak makanan yang tidak mampu saya sediakan. Selalu juga mereka menangis kerana tidak dapat menikmati apa yang mereka mahukan. Apa yang saya mampu buat saat itu? Hanya mampu menangis sendiri,” jelas Batma lagi sambil mengesat air matanya.

“Saya sangat kasihan pada anak-anak kerana mereka tidak menikmati kehidupan seperti kanak-kanak lain. Ketika perayaan Deepavali dahulu, saya hanya mampu belikan mereka sehelai seluar pendek dan baju t sahaja sebagai memenuhi syarat. Begitu juga saya hanya menggoreng maruku sebagai syarat ada makanan bergoreng di rumah. Saya sangat sedih sehinggakan saya terfikir, apa kesudahan kehidupan kami di masa depan.

“Saya selalu berpesan kepada anak-anak, belajarlah rajin-rajin kerana dengan pelajaran saja akan mengubah masa depan mereka. Dan kalau berjaya, jangan lupa hulurkan bantuan kepada orang lain walau pun sedikit,” katanya sambil merenung sayu pada tubuh sang suami yang hanya mampu mengerdipkan mata.

Pelbagai nasihat penulis titipkan kepadanya demi menguatkan semangatnya meneruskan hidup. Penulis mampu menyelami perasaan seorang ibu kerana penulis juga punya anak-anak.

Sumber dari majalh WANITA

Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. alahai sedih pulak baca...kdg2 bila kita merungut mknan tu tak sedap @ terlebih masin,kita buang...pdhal kita lupa ada org yg xckup serba serbi..insaf jadinya...

    BalasPadam
  2. terasa bebanannya. Huhuhu. X ada standby akaun bank ke? Itu cara mudah orang nk bg sumbangan.

    psst: I'm following your blog. ^^

    BalasPadam
  3. munna...rama yang hidup mewah sebenarnya..tanpa sedar..makbak bersusah payah mencari rezeki utk anak2 mereka..

    Mr Thinker...sy pun tercari2 gak ...tapi x de disertakan la...

    BalasPadam

jerit kat sini