Breaking News

(Video) 13 Pemain Bola Dalam Gua, Ini Penerangan Cabaran Perlu Pasukan Penyelamat Tempuhi

Loading...
loading...
(Video) 13 Pemain Bola Dalam Gua, Ini Penerangan Cabaran Perlu Pasukan Penyelamat Tempuhi
Insiden 12 pemain bola sepak remaja sebuah akademik bola sepak di Thailand bersama-sama dengan seorang jurulatih yang terperangkap di dalam Gua Tham Luang di Chiang Rai kini menjadi tumpuan dunia.
Ketika ini, walaupun kesemua mangsa sudahpun berjaya ditemui berada dalm keadaan selamat, namun pasukan penyelamat masih bertungkus-lumus untuk membentangkan pelan menyelamat yang terbaik bagi mengeluarkan semua mangsa daripada lokasi mereka ditemui.
Selain faktor cuaca yang tidak mengizinkan, iaitu Thailand ketika ini berhadapan dengan musim monsun dimana hujan lebat turun berterusan dan air berterusan memasuki ke dalam struktur gua tersebut.
Pasukan penyelamat pada masa yang sama turut berhadapan masalah dengan struktur dalaman gua tersebut yang mempunyai laluan berliku, sempit dan gelap. Walaupun begitu, pasukan khas SEAL Tentera Laut Diraja Thailand berjaya menghampiri lokasi kanak-kanak tersebut dan mendirikan khemah bagi menempatkan sumber makanan dan ubat-ubatan.
Ia setelah wujud kebimbangan bahawa semua mangsa mungkin perlu menunggu lebih lama sehingga tamat musim monsun pada Oktober untuk diselamatkan.
CNN melalui satu rakaman berkongsi cabaran-cabaran yang terpaksa dilalui oleh pasukan penyelamat untuk tiba di lokasi dimana semua mangsa berada dan untuk membawa mereka keluar.
Menurut Tom Foreman, salah seorang host di CNN, pasukan penyelamat ini bekerja dalam suasana gua yang gelap, sempit, air yang berterusan menerpa masuk dan cuaca sejuk namun yang paling penting, mereka berjuang menentang masa yang kian suntuk.

Cabaran

Tom turut berkongsi satu paparan virtual yang meperlihatkan keadaan luar gua tersebut. 

Berdasarkan paparan virtual tersebut, dapat dilihat bahawa kesemua mangsa berada di lokasi yang lebih tinggi daripada pintu masuk, memaksa pasukan penyelamat bukan sahaja menyelam melalui kawasan takungan air, malah perlu mendaki dinding gua.


CNN

Ujar Tom lagi, jarak diantara pintu masuk dengan lokasi mangsa berada lebih daripada 1 kilometer menjadi lebih sukar kerana pasukan penyelamat tidak mempunyai bayangan sempurna bagaimana keadaan sebenar di dalam gua tersebut.
Tom kemudian turut berkongsi imej keratan rentas yang memaparkan kemungkinan bahagian dalaman gua tersebut serta kawasan-kawasan yang ditenggelami air. Berdasarkan imej keratan rentas tersebut, pasukan penyelamat terpaksa melalui kawasan-kawasan turun naik dengan sesetengahnya dipenuhi dengan air.


CNN

Bagaimanapun katanya, disebabkan kawasan tersebut digelangi air selain suasana yang gelap, pasukan penyelamat tidak mengetahui secara tepat sebesar manakah saiz takungan tersebut. Keadaan bertambah sukar apabila sesetengah mangsa dilaporkan tidak tahu berenang.

Alternatif

Ketika disoal mengenai alternatif yang mungkin boleh difikirkan oleh anggota penyelamat untuk membawa kesemua mangsa keluar, Tom memberi pendapat berdasarkan pengalaman pasukan penyelamat menyelamatkan pelombong-pelombong yang terperangkap di dalam sebuah lombong di Chile pada 2010.
Katanya, pasukan penyelamat ketika itu menggali lubang daripada bahagian atas lombong hingga ke kawasan dimana semua mangsa berada. Namun katanya, ketika itu mereka menggunakan tiga kaedah galian dan ia mengambil masa selama 2 bulan sebelum semua mangsa dapat diselamatkan.
Jadi katanya, pasukan penyelamat mungkin boleh meneruskan kaedah sedia ada iaitu terus membekalkan sumber makanan dan ubat-ubatan, selain menghantar petugas kesihatan untuk memantau keadaan semua mangsa dan menunggu sehingga tamat musim monsun untuk diselamatkan.

Dalam Gua

Bedasarkan infografik yang dikongsi oleh BBC pula, mereka menganggarkan ketinggian gunung dimana gua itu berada diantara 800 hingga 1000 meter.


BBC

Selain kedudukan mangsa yang berada di tempat yang lebih tinggi dan jauh daripada pintu masuk, pasukan penyelamat juga berhadapan dengan laluan sempit dimana sesetengah laluan tidak memungkinkan alatan skuba untuk di bawa melaluinya.


BBC

Berdasarkan pemetaan dalaman gua tersebut yang dibuat pada tahun 1986 oleh Pertubuhan Speology Perancis, Universiti Rajabhat Mahasarakham, dapat dilihat bahawa terdapat pelbagai saiz laluan yang terpaksa dilalui oleh pasukan penyelamat untuk membawa keluar semua mangsa.
Misalnya pada bahagian pintu masuk, pasukan penyelamat tidak menghadapi masalah kerana laluan gua yang lebih besar dengan ketinggian mencapai lima meter.
Bagaimanapun laluan tersebut terus mengecil hinggalah tiba di kawasan dimana pasukan penyelamat medirikan tapak operasi mereka. Menyelusuri ke bahagian dalam, laluan tersebut berterusan mengecil sehingga sesetengah hanya berketinggian 1 meter.
Ketika ini, semua mangsa sudah terperangkap lebih daripada sembilan hari dan masih menunggu bilakah mereka bakal diselamatkan.




Tiada ulasan

jerit kat sini