Kahwin dengan budak 11 tahun, Hukuman kerajaan Thailand kepada lelaki Malaysia Menggerunkan

Kahwin dengan budak 11 tahun, Hukuman kerajaan Thailand kepada lelaki Malaysia Menggerunkan

Loading...
Kahwin dengan budak 11 tahun, Ini hukuman mengerunkan kerajaan Thailand kepada lelaki Malaysia |
BANGKOK – Perkahwinan seorang lelaki Malaysia kepada seorang gadis Thai berusia 11 tahun di wilayah Narathiwat jelas telah melanggar beberapa undang-undang Thailand, kata seorang bekas anggota jawatankuasa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai Hak Kanak-Kanak.


Sanphasit Koomprafan menggesa polis kedua-dua negara mengambil tindakan undang-undang terhadap lelaki Malaysia berusia 41 tahun itu dengan segera.

Menurutnya, lelaki itu melakukan kesalahan jenayah jika dia sudah melakukan hubungan seksual dengan seorang kanak-kanak perempuan yang masih di bawah umur 15 tahun.

“Tindakan itu melanggar undang-undang kerana dia dianggap sebagai merogol kanak-kanak di bawah umur 13 tahun, tidak kira dengan atau tanpa persetujuan anak,” katanya.
Lelaki itu boleh dikenakan lebih daripada 10 tahun penjara.

Menurut Sanphasit, banyak pihak yang mempunyai tanggapan yang salah bahawa di empat wilayah selatan Thailand, undang-undang Islam mengenai keluarga membolehkan perkahwinan sedemikian berlaku.

Beliau menyeru polis Thailand dan Malaysia untuk menangkap lelaki itu dan memintanya dibawa ke Thailand untuk menghadapi tindakan undang-undang.

“Selain melakukan kesalahan jenayah yang serius, lelaki itu boleh didakwa atas penderaan kanak-kanak di bawah Akta Perlindungan Kanak-Kanak,” katanya.

Sanphasit menambah, ibu bapa gadis itu juga boleh disabitkan dengan pertuduhan melakukan jenayah kerana didakwa gagal membesarkan anaknya dengan betul dan mendedahkan kanak-kanak itu dengan risiko hamil sebelum usia yang sepatutnya.

Kes perkahwinan itu menjadi topik hangat di Malaysia selepas isteri kedua lelaki itu memaparkan gambar pernikahan suami dan gadis berkenaan.

elaki itu sudah mempunyai dua isteri dan enam orang anak. Anak-anaknya yang berusia antara lima dan 18 tahun dan salah seorang daripada mereka berkawan dengan gadis itu. 

Catat Ulasan

0 Ulasan