Putus Lengan,Bagaimana Nasib Khumaira

Putus Lengan,Bagaimana Nasib Khumaira

Loading...
Putus Lengan,Bagaimana Nasib Khumaira

Bapa kepada kanak-kanak yang putus lengan kiri selepas bajunya tersangkut di rim motosikal hari ini, menyatakan kerisauannya terhadap masa depan anaknya itu kerana dimaklumkan tidak boleh menggunakan lengan palsu.
Zulkifli Mohamad, 38 berkata, menurut doktor keadaan itu adalah akibat daripada kesan kecederaan yang dialami anak sulungnya Nur Zulaikha, Khumaira, 7.
Katanya, pada hari kejadian, mangsa membonceng motosikal yang dibawa kakak sepupunya, Noor Aina Hananie Razalie, 18, ke rumah penghulu kampung bagi mendapatkan cop pengesahan untuk permohonan pembiayaan pendidikan Yayasan Terengganu (YT) bagi menyambung pelajaran di sebuah kolej swasta di sini.
"Saya tidak menyangka permintaan Khumaira untuk memakai baju sejuk milik ibunya akhirnya mengundang bencana.
"Tetapi apakan daya, semuanya sudah ditentukan Allah. Saya yakin ada hikmah di sebaliknya dan berharap agar diberikan ketabahan," katanya ketika ditemui Bernama di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) semalam.
Kejadian itu berlaku di Kampung Binjai Bongkok, Marang, kira-kira 9.30 malam semalam.
Menurut Zulkifli, walaupun dalam keadaan yang tidak sihat dan separuh sedar kerana dimasukkan ubat penahan sakit melalui saluran tiub, Khumaira masih sempat menyatakan tetap mahu ke sekolah seperti biasa pada hari Ahad.
"Walaupun sedih saya berasa tenang sedikit kerana Khumaira anak yang sangat kuat dan tidak menangis selepas menyedari tangan kanannya telah tiada. Ketika ramai saudara mara datang melawat tadi, dia ada cakap nak ke sekolah kerana nak jumpa kawan-kawan.
"Malah selepas sedar daripada pembedahan kira-kira 11 pagi tadi dia ada tanya mana tangan palsu kakak nak pakai," katanya sambil mengesat air mata.
Menurut Zulkifli, beliau dan isterinya Rohidayu Siup @ Yusof, 29 belum dapat memikirkan perancangan lanjut untuk Khumairi kerana kejadian itu masih baharu dan masing-masing masih terkejut dengan kemalangan yang menimpa anaknya.
- Bernama

Catat Ulasan

0 Ulasan