Breaking News

Masyaallah....19 Tahun Bergelar Pramugari, Telekungnya Tercabut Di Hajarul Aswad

Loading...
loading...
Masyaallah....19 Tahun Bergelar Pramugari, Telekung Tercabut Di Hajarul Aswad
Setiap orang sudah tertulis dan berbeza jalan cerita hidupnya.
Demikian juga dengan isteri dan ibu bernama Sharifah Lisa ini.

19 tahun mengabadikan diri sebagai pramugari sehingga mengabaikan tanggung jawab sebagai isteri dan ibu, akhirnya wanita ini mendapat ‘hidayah’ dari Yang Maha Esa.


Bekas pramugari sejak tahun  1992-2015 ini ada berkongsi pengalamannya sebagai isteri, ibu dan juga pekerja di awan biru.

Perkongsiannya dalam satu Hadith Open Mic begitu menyentuh hati pada mereka yang hadir.

Pengalaman bekerja dan tanggung jawab sebagai pekerja dan juga isteri, ibu dan wanita dalam arena pekerja yang kontroversi nyata memberi seribu satu kemanisan buat wanita ini. Sementelah, dia seronok bergelumang dalam dunia kerjaya yang penuh glamor.

“Dulu waktu mula-mula join kerja sebagai pramugari, yang saya fikir pasal kerja best boleh lihat satu dunia. Tapi tanggung jawab nak jaga penumpang bukan satu kerja yang mudah.
“Dalam masa yang sama saya terlupa tanggungjawab sebagai isteri dan ibu. 

Bila berada di atas saya anggap itu rumah saya dan tiada istilah cuti. Sehingga tak tahu bila cuti sebabb hidup berlandaskan monthly roster.

“Hingga saya lupa suami terpaksa menggalas tanggung jawab sebagai ibu dan ayah kepada anak-anak apabila saya tiada di rumah.



Ketika itu, dia terfikir apa tanggung jawabnya sebagai isteri dan wanita. Sehinggalah 2014, Allah buka mata beri peluang untuk dia mengerjakan umrah.

“Kejadian itu saya mencium Hajarul Aswad, telekung tercabut sehingga nampak anak rambut. Malunya waktu itu depan kaabah. Terus saya fikir sampai bila nak jadi macam ni. Allah dah bagi tanda. Dulu saya kerja pakai kebaya, free hair. Tapi bila sampai hotel saya pakai tudung.

“Saya sebenarnya tak berani nak berhenti dari pekerjaan yang saya fikir inilah yang memberi rezeki pada kami.

Tapi kejadian itu buat saya buka mata, dan balik rumah saya bincang dengan suami. Tapi waktu itu masih teragak- sehinggalah 2015 saya diberikan surat diberhentikan kerja dan itu adalah surat “Allah beri jawapan”. Tak perlu saya sedih dan anggap itu satu hikmah walaupun diberhentikan.


Akuinya, walaupun diberhentikan tapi dia dapat peluang untuk lebih mengenali anak dan berbakti kepada mereka.

“Hati saya dah tenang dan senang sebab diberikan jawapan. Sehingga kini saya tenang dan gembira sebab dapat laksanakan tanggung jawab kepada suami dan anak-anak. 

Sekarang adalah masa untuk saya ‘bayar’ balik masa yang saya hilang dengan mereka.
Untuk lebih lanjut boleh dengar video penuh di sini:


Tiada ulasan

jerit kat sini