Pengacara TV3 Dulu Dibenci Netizens Kini Setiausaha Akhbar Menteri PH..

Pengacara TV3 Dulu Dibenci Netizens Kini Setiausaha Akhbar Menteri PH..

Loading...
Pengacara TV3 Dulu Dibenci Netizens Kini Setiausaha Akhbar Menteri PH..
Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tak siapa yang tahu.



Izwan Azir Saleh, pembaca berita di Buletin Utama, TV3 yang dibenci oleh rata-rata penyokong Pakatan Harapan dilaporkan akan berkhidmat sebagai Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Ignatius Darell Leiking.




Baru-baru ini pengacara berkenaan dilaporkan telah meletakkan semua jawatan di Media Prima kerana bakal berkhidmat di tempat baru.

Izwan Azir Saleh, 38, dilaporkan meletak jawatan pada 29 Jun lalu dan beliau menyampaikan berita kali terakhir pada 2 Julai lalu di Buletin Utama.

Izwan yang juga Penolong Pengarang TV3, menyertai stesen penyiaran itu pada tahun 2002.

Izwan mula menyampai berita ketika masih menjadi siswa di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) dan terus menyertai stesen penyiaran itu sebagai wartawan penyiaran selepas menamatkan pengajian dalam Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan.

Selain menyampai berita, Izwan turut menjadi pengacara dalam Malaysia Hari Ini (MHI) dan menjadi hos dalam program Soal Jawab serta program khas Pilihan Raya Umum Ke-14, Mandat Malaysia.
 

Setelah berkhidmat selama 16 tahun di agensi TV3, beliau mengambil keputusan meletak jawatan dan menerima tawaran sebagai Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perdagangan Antarabangsa & Industri, Ignatius Darell Leiking, lapor kenyataan itu.

Izwan mula menjadi sasaran kebencian netizens pro Pakatan Harapan berikutan ketika beliau menjalankan tugas membuat laporan mengenai demo bersih 3 suatu masa dahulu. Izwan dibayangkan telah menyebarkan fitnah ketika menyampaikan maklumat mengenai demo itu kepada orang awam menerusi slot Buletin Utama di TV3.

Selain itu, Izwan juga sering dimakihamun, disumpahseranah dan menjadi sasaran kebencian penyokong Pakatan Harapan di sosial media kerana dibayangkan selalu membaca berita yang memburukkan imej pemimpin pembangkang (Pakatan Rakyat dan Pakatan Harapan). - 7 Julai 2018.

Catat Ulasan

0 Ulasan