Macam mana nak bantu Najib akaun Umno kena beku

Macam mana nak bantu Najib akaun Umno kena beku

Loading...
Macam mana nak bantu Najib akaun Umno kena beku

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata parti itu akan mengkaji bantuan yang boleh diberikan kepada Datuk Seri Najib Razak kerana akaun parti masih dibekukan Pasukan Petugas Khas 1MDB.

“Saya tak boleh jawab lagi…kena lihat dahulu. Dia bekas presiden, perdana menteri yang begitu lama berkhidmat.

“Kita dari segi parti macam mana kita nak bantu, (akaun) kita pun kena beku,” katanya kepada pemberita di lobi Kompleks Mahkamah KL di Jalan Duta hari ini.

Mahdzir mengulas kemungkinan Umno membantu bekas Presidennya Najib Razak yang mengaku tidak bersalah terhadap 3 pertuduhan melakukan pecah amanah dan 1 dakwaan menyalahgunakan jawatannya membabitkan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Sofian Abdul Razak hari ini menetapkan ikat jamin RM1 juta untuk 4 pertuduhan bersama 2 penjamin dan 2 pasportnya diserahkan kepada mahkamah.

Hakim turut mencadangkan 19 hari perbicaraan kes itu pada tahun depan, dari 18 hingga 28 Februari, 4 hingga 8 Mac dan 11 hingga 15 Mac.

Mengenai pembekuan akaun bank Umno, Mahdzir berkata, Umno mengikut prosedur yang ditetapkan Jawatankuasa Khas 1MDB.

Catat Ulasan

0 Ulasan