Baju Kurung Hadiah dari Abe Lie sempena majlis akad nikah di Sungai Golok Jadi Kenangan Terindah

Baju Kurung Hadiah dari Abe Lie sempena majlis akad nikah di Sungai Golok Jadi Kenangan Terindah

Loading...
Baju Kurung Hadiah dari Abe Lie sempena majlis akad nikah di Sungai Golok Jadi Kenangan Terindah


GUA MUSANG – Seorang budak perempuan berusia 11 tahun yang mencetuskan kontroversi ke­rana bernikah dengan peraih getah berumur 41 tahun memberitahu, sepasang baju kurung moden yang dihadiahkan suaminya sempena majlis perkahwinan mereka menjadi kena­ngan terindah dalam hidupnya.
Budak yang dikenali sebagai Ayu itu berkata, baju berwarna kelabu berharga RM75 itu dibeli oleh suaminya beberapa hari sebelum majlis akad nikah mereka berlangsung di salah sebuah masjid di Sungai Golok, Selatan Thailand pada 18 Jun lalu.
“Pakaian itu yang berwarna sedondon dengan baju suami dibeli di sebuah pasar raya di Ipoh, Perak. Saya sedar sebagai isteri ketiga saya perlu menerima apa sahaja ujian termasuklah tentangan hebat daripada madu yang mahu bercerai.
“Saya akan terus menyimpan pakaian yang dipilih suami itu kerana ia sangat bermakna dalam hidup saya,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Panggong Lalat di sini kelmarin.
Baru-baru ini Kosmo! me­laporkan kisah perkahwinan Ayu dengan Che Abdul Karim Che Hamid tular selepas isteri kedua lelaki itu, Siti Noor Azila Zulkifle, 34, meluahkan kekesalan selepas bermadu dengan budak ber­usia 11 tahun yang juga kawan kepada anak tirinya.
Ayu (kiri) menunjukkan baju nikahnya kepada rakannya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Panggong Lalat, Gua Musang kelmarin.

Sementara itu, usaha Kos­mo! untuk menemui Ayu dan ahli keluarganya semalam tidak kesampaian apabila dia bersama ibu dan bapanya tiada di rumah kerana pulang ke Pattani, Selatan Thailand untuk memperbaharui tempoh dokumen perjalanannya semalam.
Perkara itu diketahui sebaik Kosmo! menghubungi ibu budak tersebut, Aminah Hitam, 47, selepas tinjauan ke rumahnya di Kampung Panggong Lalat di sini mendapati kediaman itu berkunci.
Menurut Aminah, mereka pulang sementara waktu ke Pattani untuk menguruskan dokumen perjalanan masing-masing dan hanya akan pulang selepas urusan itu selesai.
“Kami dalam perjalanan nak masuk Sungai Golok. Ayu dan bapanya juga ada bersama,” katanya ringkas ketika dihubungi.
Aminah serta suaminya, Madroseh Ramadsa, 49, sudah tinggal di negara ini sejak lebih 20 tahun lalu kerana bekerja serta mencari rezeki dengan menoreh getah.
Ayu pula lahir di Pattani dan tinggal bersama kedua ibu bapanya di Kampung Panggong Lalat di sini kerana menghormati status ‘nikah gantung’ dengan suaminya, Che Abdul Karim Che Hamid, 41, yang sudah mempunyai dua isteri.

Catat Ulasan

0 Ulasan