"Betul Ke Dia Bersalah?” – Fazley Yakoob Bingung Dan Keliru Najib Di Tahan

"Betul Ke Dia Bersalah?” – Fazley Yakoob Bingung Dan Keliru Najib Di Tahan

Loading...
"Betul Ke Dia Bersalah?” – Fazley Yakoob Bingung Dan Keliru Najib Di Tahan



Hari ini, bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dihadapkan ke Mahkamah atas tiga pertuduhan pecah amanah berkaitan kes SRC International Sdn. Bhd. dan menyalahgunakan jawatannya sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan ketika itu membabitkan RM42 juta.
Berita tersebut mendapat reaksi penyanyi dan chef selebriti Fazley Yaakob, yang merupakan suami kepada anak Datin Seri Rosmah Mansor. Menerusi Instagramnya, Fazley memberitahu sudah tiba masa untuk semua pihak tahu tentang kebenaran sebenar.
Menurut Fazley lagi, sukar untuk menerima realiti tersebut dan dia juga turut mempersoalkan tentang penahanan Najib adakah benar beliau bersalah atau ada pihak lain yang menjadi dalang selama ini.
Memetik laporan Sinar Harian, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memaklumkan bahawa penahanan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu tidak melibatkan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.
Setakat ini tangkapan hanya dibuat terhadap Najib dan tidak melibatkan indvidu lain.
Sebelum ini, Fazley pernah mendedahkan kisah bagaimana keluarganya ditindas oleh individu yang sangat terkenal di negara ini. Pendedahan tersebut ternyata mengetjukan rakyat Malaysia

Catat Ulasan

0 Ulasan