Breaking News

Tak Kisah Pun..Najib,Rosmah Masih Beraya

Loading...
loading...
Tak Kisah Pun..Najib,Rosmah Masih Beraya



KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dilihat meninggalkan kediaman mereka di Langgak Duta tepat jam 6.50 petang.

Rosmah yang memakai baju kurung hijau dilihat mengikuti Najib untuk ke satu destinasi yang tidak diketahui dipercayai menghadiri satu majlis rumah terbuka.

Kedua-dua mereka menaiki Toyota Vellfire putih bernombor pendaftaran QMN11.

Kereta yang dinaiki Najib dan Rosmah turut diiringi dua buah kereta lain iaitu Peugeot dan Kia Sportage.

Aktiviti keluar masuk Ahli Parlimen Pekan itu dilihat tidak mendorong kepada penangkapan beliau berhubung kes penyelewengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).


Sebelum ini timbul ura-ura bahawa Najib akan ditahan oleh pihak berkuasa pada bila-bila masa berikutan mempunyai ‘bahan bukti’ yang mencukupi.

Awal hari ini Najib ke pejabat Malaysiakini bagi mengadakan sesi pertemuan bersama pengurusan portal berkenaan.

Malah beliau turut mengadakan sesi temubual eksklusif bersama wartawan Malaysiakini.

Tiada ulasan

jerit kat sini