Header Ads

BEG BIJAN TAK BOLEH BELI SESUKA HATI, KENA SET TEMUJANJI DULU SEBELUM DATANG

loading...
BEG BIJAN TAK BOLEH BELI SESUKA HATI, KENA SET TEMUJANJI DULU SEBELUM DATANG
Ramai Gelak Beg Tangan Bijan. Tapi Harganya Buat Ramai TERKEDU |


Hari ni Malaysia digemparkan lagi dengan berita jumlah barangan mewah yang dirampas dari rumah bekas PM adalah sebanyak hampir RM1 bilion. 
Dan antara barangan yang dirampas adalah beg tangan mewah jenama Bijan yang ramai orang gelak. Tapi bila tahu harganya ramai terkedu beb. Jom baca.

TAK BOLEH BELI SESUKA HATI, KENA SET TEMUJANJI DULU SEBELUM DATANG


Butik Bijan atau House of Bijan terletak di Beverly Hills Amerika. Namanya itu adalah sempena nama designer terkenal dunia, yang bernama Bijan Pakzad. Dan jenama ini telah pun terkenal sejak tahun 1976 lagi.
Paling menarik, kalau nak beli barangan esklusif Bijan ni, kena buat temujanji atau appointment dulu. Takleh nak redah walk-in atau nak window-shopping ke.
Walaupun hanya ada sorang pelanggan sehari yang dilayan oleh banyak staf dan keadaan dekorasi kedai yang sangat mewah dan pernah dinobatkan antara kedai paling mahal di dunia, keuntungan yang diperoleh sangat berbaloi.

House of Bijan 

Purata pelanggan yang singgah membeli di House of Bijan habiskan paling kurang RM400,000 untuk barangan mewah yang pelbagai di kedai tersebut.
Antara pelanggan popular yang pernah membeli belah di situ termasuk Barrack Obama, bekas Presiden Amerika, Tom Cruise, Arnold Schwarzenegger, Michael Jordan, Giorgio Armani dan pelbagai nama lagi.


So sekarang boleh agak beg tangan wanita jenama Bijan harga berapa ? Fikir-fikirkan…. Sumber: Most Expensive

AMAR SINGH – POLIS PERLU 36 HARI UNTUK KIRA BARANGAN MEWAH BEKAS PM

Polis mengambil masa 36 hari untuk mengira dan menilai barang rampasan di kediaman dan premis berkaitan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung siasatan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Pengarah Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh berkata, pemeriksaan dan pengiraan pada 21 Mei lalu sehingga 25 Jun termasuk semasa cuti Hari Raya Aidilfitri.
Katanya, pengiraan dan pemeriksaan mengambil masa lama kerana jumlah barangan yang dirampas adalah banyak dan memerlukan pengesahan pakar.
“Lapan pasukan khas terdiri daripada pakar dan pegawai terbabit dalam pengiraan dan pemeriksaan membabitkan 150 anggota,” katanya pada sidang akhbar di Bukit Aman, sebentar tadi.
Pada sidang akhbar itu, Amar Singh mendedahkan jumlah keseluruhan nilai barangan dirampas di kediaman berkaitan Najib adalah antara RM900 juta hingga RM1.1 bilion.
Pada 16 dan 17 Mei lalu, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman menjalankan beberapa serbuan berkaitan 1MDB di dua premis di Putrajaya, empat di Kuala Lumpur dan tiga di Pavilion Residences serta di kediaman Datuk Seri Najib di Langgak Duta, Taman Duta.
Semua rampasan berkenaan adalah berkaitan siasatan mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram. (Sumber: Berita Harian)

AMAR SINGH – NILAI RAMPASAN ANTARA RM900-RM1.1 BILION

Antara RM900 juta dan RM1.1 bilion.
Itu anggaran nilai keseluruhan barang-barang yang dirampas dari beberapa premis berkaitan Datuk Seri Najib Tun Razak dan keluarganya oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman pada 16 dan 17 Mei lalu.
Pengarah JSJK Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh mendedahkan, daripada 72 beg besar yang dirampas seperti dilaporkan sebelum ini, 35 beg daripadanya mengandungi wang tunai daripada 26 jenis mata wang berjumlah RM116.7 juta.
Dalam satu sidang media khas di ibu negara hari ini, beliau berkata lagi 25 beg berisi 12,000 jenis barang kemas yang terdiri daripada 1,400 rantai, 2,200 cincin, 2,100 gelang, 2,800 pasang subang, 1,600 kerongsang dan 14 tiara.


Jelasnya lagi, rantai emas bertatahkan berlian bernilai RM6.4 juta adalah barang kemas paling berharga yang dirampas.
“Pengiraan semua barang kemas mengambil masa 16 hari. Bagi semua barang kemas yang dirampas, pakar hanya boleh membuat anggaran nilai mengikut harga bahan, tidak termasuk kos upah tukang dan pembuatan. Jadi, nilai keseluruhan barangan kemas tersebut adalah RM440 juta.
“Kalau mengikut harga pasaran, nilainya mungkin meningkat antara 50 hingga 100 peratus, menjadikan nilai sebenarnya boleh mencecah antara RM660 juta ke RM880 juta,” katanya.
Bagi beg tangan pula, Amar Singh berkata sebanyak 567 beg tangan yang dirampas bernilai RM51.3 juta. Pihak polis dan pakar mengambil masa lapan hari untuk mengira dan menilai beg-beg tersebut, yang terdiri daripada 37 jenama termasuk Hermès, Prada, Chanel dan Bijan.
“Ada beg tangan yang berharga RM1.6 juta. Ada juga beg tangan yang ditempah khas iaitu daripada jenama Bijan,” kata Amar Singh.
Dalam pada itu, turut dirampas 423 utas jam tangan bernilai RM78 juta melibatkan lebih 100 jenama termasuk Rolex dan Chopard.
Sebanyak 234 cermin mata hitam (sunglasses) bernilai RM375,000 daripada 34 jenama termasuk Versace, Gucci, Dior dan Cartier, juga turut dirampas, kata Amar Singh
Loading...

Tiada ulasan

jerit kat sini

Dikuasakan oleh Blogger.