Header Ads

"Saya Tak Tahu Pun Tu Selipar Bata"-Tun M

loading...
"Saya Tak Tahu Pun Tu Selipar Bata"-Tun M



PETALING JAYA: Gara-gara gambar Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memakai selipar Bata berharga RM11.99 tular, produk tersebut menjadi aksesori terhangat dijual di pasaran pada Ramadan lalu.

Dr Mahathir ketika ditemubual sebuah portal berita berbahasa Inggeris menjelaskan mengenai selipar yang dipakainya itu.

"Saya tidak kisah tentang apa yang saya pakai. Jadi pada hari itu saya pakai selipar Bata kerana saya memakai selipar apabila mahu pergi solat kerana ia mudah untuk ditanggalkan.



"Saya tidak tahu saya pakai selipar Bata tetapi ada orang ambil gambar dan menunjukkannya dan mereka mahu membeli selipar tersebut," kata Dr Mahathir.

Jadi apa barang yang wajib dimiliki dan menjadi trending gara-gara Dr Mahathir selepas ini?

Ada segelintir pihak berpendapat jaket dengan gaya leher Nehru yang dipakainya selama beberapa dekad kini membuat kemunculan semula.

"Beberapa orang sudah memakainya," kata Dr Mahathir dalam nada berseloroh.

Loading...

Tiada ulasan

jerit kat sini

Dikuasakan oleh Blogger.