Breaking News

Anak Terlalu Aktif.. Mata Hitam Betty Banafe Luka Tertusuk Mainan Anak

Loading...
loading...
Anak Terlalu Aktif.. Mata Hitam Betty Banafe Luka Tertusuk Mainan Anak
Allahu besarnya pengorbanan seorang ibu tiada galang ganti.

Bukan mudah untuk menguruskan anak-anak yang semakin membesar dan kian aktif, adakalanya boleh mengakibatkan diri sendiri tercedera. 

Ini yang dialami oleh pelakon dan penyanyi Betty Ibtisam Abu Bakar Banafe atau lebih dikenali Betty Banafe,39.

Baru sebentar tadi, ibu kepada sepasang cahaya mata ini, Julia Claire Dargus,5 dan Bruce Dean Dargus,3 berkongsi cerita yang mata hitamnya tertusuk mainan anak.

 Namun apa yang menariknya, meskipun tercedera dan alami luka, Betty tetap positif dengan ujian yang menimpa serta menganggap pengorbanan bagi seorang ibu memiliki anak yang aktif.

Berikut antara perkongsian tersebut;

“Bersyukur Kita masih boleh nampak. Alhamdulillah.. bayangkan mereka yang buta permanently..salute pengorbanan mereka dan orang sekeliling mereka. Kuatnya semangat mereka untuk hidup, Dan terus hidup kerana Allah. Bagi mereka yang tersenyum melihat orang lagi menderita, bersihkan lah hati mu.Kerana waktu Kita akan datang dengan cubaan yang sama atau yang lain nya. “
Betty juga sempat menitipkan pesanan agar para pengikutnya mendoakan perkara yang baik-baik buat mereka sekeluarga.Serta para golongan ibu-ibu diberikan kesabaran yang tinggi dalam menjaga dan menguruskan anak-anak.
“Doakan yang baik baik buat kami sekeluarga.Terima kasih bagi yang mulia hatinya.Anakku tertusuk mataku dengan mainan Lego nya.Pengorbanan seorang ibu pada anaknya yang aktif Masyaallah hingga melukakan mata hitam nya.Semoga Kita para ibu diberi kesabaran yang tertinggi.. amin ya Rab.”
 Terdahulu, Betty telah berkahwin dengan Bruce Dargus pada 8 Disember 2012 dan pasangan ini telah 6 tahun mendirikan rumahtangga. Mingguan Wanita mendoakan agar Betty segera sembuh daripada kecedaraan ini, dan banyakkan bersabar dalam menjaga anak-anak yang semakin aktif.




Tiada ulasan

jerit kat sini