Breaking News

Musa Aman Dedah Lokasi Diri Menggunakan Aplikasi WhatsApp

Loading...
loading...
Musa Aman Dedah Lokasi Diri Menggunakan Aplikasi WhatsApp
Musa Aman yang bekas Ketua Menteri Sabah ketika pimpinan kerajaa Barisan Nasional (BN) hangat diperkata oleh media bahawa beliau telah melarikan diri ke luar negara

. Tetapi hari ini ini bekas ketua menteri itu telah memberitahu keadaan sebenar yang berlaku menerusi aplikasi WhatsApp.

Ramai yang mengesyaki bahawa Musa Aman telah melarikan diri ke luar negara tanpa permit dan keluar secara haram dari negara ini. Masyarakat percaya selepas pihak berkuasa mengumumkan kes itu menerusi media.

Kenyataan yang dibuat oleh media itu adalah tidak benar sama sekali, beliau keluar dari negara ini bertujuan untuk menjalani sesi rawatan dan mempunyai urusan lain yang memerlukan beliau brada di United Kindom (UK).


“Kini saya sedang berada di United Kingdom untuk menjalani rawatan dan mempunyai urusan lain,” ujar Bekas Ketua Menteri Sabah, Musa Aman menerusi aplikasi WhatsApp untuk menjelaskan perkara sebenar yang berlaku.

Musa turut menyifatkan setiap laporan yang dikeluarkan sebelum ini adalah tidak benar dan dilakukan atas dasar politik dan sengaja menjatuhkan kredibiliti beliau sebagai ahli politik berpengaruh di Sabah.


Bagaimanapun, tindakan Yang Dipertua Negeri Sabah melantik Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sebagai Ketua Menteri Sabah yang baru, akan menjalani prosiding untuk dibicarakan tindakan tersebut oleh Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak.

Beliau juga berkata untuk memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis atas siasatan yang dijalankan dan perkara itu sudahpun beliau maklumkan kepada Pesuruhjaya Polis Sabah.


“Sudah tentu saya akan berkerjasama dengan polis ke atsa siasatan yang dilakukan dan saya juga sudah menjelaskan perkara ini kepada Pesuruhjaya Polis Sabah.”
“Saya juga telah mengarahkan peguam daripada Malaysia dan London. Berberapa persoalan atau permintaan berkaitan maklumat boleh berkomunikasi dengan peguam tersebut,” ujar Musa Aman.

Tiada ulasan

jerit kat sini