Breaking News

Jose Enrique dedah rahsia mengejutkan hidapi tumor otak

Loading...
loading...
Jose Enrique dedah rahsia mengejutkan hidapi tumor otak



BEKAS pemain pertahanan Liverpool, Jose Enrique mendedahkan rahsia bahawa dia berjuang melawan kanser yang hampir menjadikannya buta.

Pemain berusia 32 tahun itu mengetahui tentang dia mempunyai tumor otak yang jarang berlaku kira-kira sebulan lalu selepas mengalami sakit kepala dan migrain ketika dalam perjalanan ke England.

Enrique menjalani pembedahan kecemasan selama sembilan jam untuk membuang tumor itu yang terletak di belakang matanya.

Dia kini dalam proses pemulihan tetapi terpaksa memakai 'patch'.

"Semua ini menjadikan anda lebih menghargai kehidupan. Pemain bola sepak hidup dalam gelembung.

"Ia bukan kehidupan realiti, anda kehilangan diri sendiri dan anda fikir anda tidak dapat dikalahkan," katanya.

Enrique memuat naik mengenai berita mengejutkan itu ke laman sosial dengan menyertakan gambar bersama pasangannya Amy-Jaine di katil hospital.

Tiada ulasan

jerit kat sini