Header Ads

Jauh Dia Berjalan Tapi Belum Ada Satu Pun Tudung Saji Terjual

loading...
Jauh Dia Berjalan Tapi Belum Ada Satu Pun Tudung Saji Terjual

Bayangkan anda sedang berjalan di sebuah tempat. Tiba-tiba anda melihat seorang lelaki dengan kudrat tua persis seorang ayah sedang mencari rezeki di bawah bahang terik mentari.
Raut wajahnya tenang dengan senyuman yang tidak pernah lekang.

Di belakang badannya, dia memikul beberapa tudung saji dengan sebatang kayu. Kadang berhenti di tepi jalan membuka barang jualan berlantaikan tar dan berbumbungkan langit. Begitulah rutin hariannya mencari rezeki demi sesuap nasi.

Mata tua itu mengharapkan ada pelanggan yang sudi membeli. Cukuplah hanya satu dijual untuk dibuat belanja hari ini. Mungkin juga ganjaran penat lelah memikul beban berjalan sejauh 15 kilometer.

Namun, warna-warni tudung saji yang dianyam kemas itu ternyata tidak mampu menggamit mata yang memandang untuk membeli walau satu. Buktinya, tiada satu pun hasil jualannya terjual.

Secebis kisah masyarakat oleh Tuan Khairul Eruwan mungkin boleh dijadikan renungan. Beli bukan kerana kita perlu, namun rasa tanggungjawab dan ihsan sesama manusia.

Ini hanya bukan kisah tudung saji, si penjual tisu, atau apa sahaja. Ini kisah kemanusiaan. Mereka menjual bukan untuk kaya, namun untuk mengisi perut yang kosong.




Ada ketika kita membeli bukan untuk keperluan, tapi kerana tanggungjawab.


Petang ini saya temui Pak Cik Salleh yang sedang duduk di tepi jalan berhadapan pintu keluar KB Mall dengan barang jualan tudung saji. Saya tegur dan tanya beliau dari mana? Pak Cik Salleh jawab datang dari Tumpat.

Jarak Tumpat ke bandar Kota Bharu kira-kira 15 km. Bila saya tanya berapa biji tudung saji dah berjaya dijual hari ini, jawab beliau belum ada satu pon lagi yang dibeli.

Kawan2 yang ada di sekitar KB Mall Kota Bharu boleh lah kita pakat2 bantu Pak Cik Salleh habiskan tudung saji yang dijual. Anyaman rotan/mengkuang dan kualiti barang2 memang cantik.

                     

Harga antara RM35-RM40.00 ikut produk. Dan kalau nak beli rasanya tak perlulah kita minta discount.
Mari kita berkongsi rezeki bantu usahawan kecil seperti Pak Cik Salleh yang sanggup berusaha dengan kudrat tulang empat kerat untuk mencari rezeki halal.



Doa saya untuk Pak Cik Salleh dan keluarga supaya hari ini dan hari berikutnya terus dibukakan pintu rezeki seluas-luasnya.

Saya suka lihat Pak Cik Salleh tersenyum.


Loading...

Tiada ulasan

jerit kat sini

Dikuasakan oleh Blogger.