Breaking News

ADUHH !! JERITAN TERAKHIR SEBELUM DIPUTAR MESIN PEMBAJAK (4GAMBAR)

Loading...
loading...
ADUHH !! JERITAN TERAKHIR SEBELUM DIPUTAR MESIN PEMBAJAK (4GAMBAR):



Alor Setar : Hancur luluh hati seorang isteri apabila mendapat berita suami tersayang pergi buat selamanya dengan tragis dan mengerikan semoga isteri ini tabah.

Saksi yang berada ditempat kejadian detik ngeri mangsa maut dengan targis di putar mesin pembajak sawah milik ayah arwah Azuan.

“Saya tergamam apabila melihat sebahagian badan arwah diputar mesin pembajak milik ayahnya. Saya terdengar mangsa menjerit ‘aduh’ sebelum mesin itu berhenti.

“Ketika itu saya berlari sejauh kira-kira 200 meter untuk mendapatkan bantuan penduduk walaupun badan terasa longlai dan lutut seolah-olah tercabut,” kata Ahmad Saad saksi kejadian ngeri yang meragut nyawa rakannya, Mohd Azuan Abd Manaf, 39.

Ahmad, 63, berkata, ketika kejadian 6.30 petang semalam, dia sedang berjalan dari rumahnya di belakang Keda Batu 13, Pokok Sena, Alor Setar, menuju ke sawah miliknya yang terletak tidak jauh dari kawasan itu.

Katanya, sebaik tiba di tempat kejadian, Mohd Azuan ketika itu sedang memandu jentera pembajak bertindak melompat dari kenderaan yang sedang bergerak menuju ke arahnya untuk bersembang.

“Namun belum sempat kami berbual, saya nampak jentera pembajak yang ditinggalkan dalam keadaan enjinnya masih hidup itu tiba-tiba bergerak sendiri dan terus menjerit memberitahu mangsa.




“Disebabkan panik, arwah berlari ke arah jentera itu sebelum memanjat pada roda besi di bahagian depan untuk cuba menghentikan enjin jentera tetapi tergelincir jatuh disebabkan kasut getah yang dipakainya licin, sebelum diputar mata mesin.

“Saya tak sempat berbuat apa-apa dan hanya terdengar bunyi kuat ‘benda’ diputar selain jeritan mangsa sebelum mesin pembajak itu tiba-tiba berhenti disebabkan bebanan berat badan mangsa tetapi saya tak berani melihat keadaan jasadnya ketika itu kerana terlalu terkejut,” katanya ketika ditemui di rumahnya, hari ini.

Katanya, kebetulan ketika dia ternampak abang mangsa yang hanya dikenali sebagai ‘Awang’ dan memberitahunya supaya melihat apa yang berlaku pada adiknya sambil menunjukkan tempat jentera itu.
“Saya tak mampu bercakap banyak ketika itu kerana terlalu takut dan terus pulang ke rumah dalam keadaan tidak bermaya mengingatkan kejadian itu.

“Pada ketika itu, saya dimaklumkan penduduk yang mayat mangsa masih melekat pada mata mesin pembajak itu dan keadaannya sangat menyedihkan yang mana kedua belah kakinya hancur,” katanya.

Ahmad berkata, kejadian berlaku hanya kira-kira 50 meter di hadapannya menyebabkan dia trauma dan tidak dapat melelapkan mata malam tadi kerana dihantui kejadian ngeri di depan matanya itu.
Menurutnya, Mohd Azuan mengambil upah membajak sawah milik penduduk di kawasan itu dan mempunyai empat anak berusia antara 6 hingga 13 tahun dan seorang isteri.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Nerang, Muhammad Nurul Iman Mohamad Rawi berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 7.19 malam dan sepasukan anggotanya tiba di lokasi pada jam 7.30 malam.

Beliau berkata, anggotanya membuka mata kisar pembajak itu dan berjaya mengeluarkan mayat.
Katanya, mangsa disahkan meninggal dunia oleh anggota perubatan di tempat kejadian dan operasi tamat pada 8.30 malam tadi.

Jenazah dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarganya untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Banggol Jalan Panchor, Pokok Sena hari ini.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. Al fatihah.


Tiada ulasan

jerit kat sini