Breaking News

‘Roti Telur Move On’- Ude Wahid Perli Intan Liana Di Instagram?

Loading...
loading...
‘Roti Telur Move On’- Ude Wahid Perli Intan Liana Di Instagram?

Selepas mengambil keputusan untuk mengaktifkan semula akaun Instagram masing-masing, nampaknya Ude Wahid dan isterinya, pelakon Izreen Azminda sudah ‘berani’ untuk memuat naik gambar mereka tanpa menghiraukan kecaman netizen.

Ude Perli Intan?
Terbaru, Ude Wahid telah memuat naik gambar sarapan roti telur yang disediakan oleh Izreen Azminda untuknya.Bagaimanapun, ada yang menganggap Ude memerli bekas isterinya, Intan Liana Salleh dengan memuat naik gambar dan kapsyen tersebut. Terdahulu Intan pernah beberapa kali membuat kenyataan telah ‘move on’ sebelum ini yang merujuk kepada pengakhiran hubungan mereka

Netizen Maki Ude


Melihatkan gambar beserta kapsyen tersebut, netizen terus ‘menjalankan tugas’ mereka dengan memaki Ude kerana seolah -olah memerli Intan.
Dalam perkembangan lain, Intan kini disunting menjadi model koleksi busana raya Annas Easkey, dan turut menjadi tetamu rancangan Meletop ditemubual oleh Neelofa dan Nabil baru-baru ini. Apa – apa pun kami mendoakan yang terbaik untuk ketiga-tiga mereka.

Izreen Azminda Dan Ude Wahid Kini ‘Kembali’ Di Instagram
Kerana pelbagai kecaman yang diterima oleh Izreen Azminda dan suaminya, Ude Wahidkedua-duanya mengambil keputusan untuk menyahaktifkan Instagram mereka.
Kembali Selepas Sebulan
Kini, setelah hampir sebulan tidak muncul di mana-mana media sosial, kedua-duanya telah membuka semula akaun Instagram milik mereka semalam. Malah, Izreen turut memuat naik gambar terbarunya dengan kapsyen“Smile things are working out (Senyum, semuanya sedang berjalan),” . Namun begitu ruangan komen Instagram pelakon itu masih lagi ditutup.

Izreen Dan Ude ‘Diserang’ Netizen
Terdahulu, suami isteri ini mengambil keputusan untuk menutup sementara Instagram mereka berikuta terlalu banyak kecaman dan serangan daripada netizen berikutan Ude menceraikan isteri pertamanya, Intan Liana Saleh.
Ini bukanlah kali pertama Izreen mengambil pendekatan ini kerana pada awal kisah perkahwinannya dengan pemuzik bebas itu mula terbongkar, Izreen turut melakukan perkara yang sama. Apa pun, welcome back Izreen! Semoga hari -hari yang mendatang anda akan lebih kuat dan dipermudahkan segalanya.
Sumber:hangat.com.

Tiada ulasan

jerit kat sini