Pengakhiran Filem DUKUN ....Begini??

Pengakhiran Filem DUKUN ....Begini??

Loading...
Pengakhiran Filem DUKUN ....Begini??




Penantian 12 tahun akhirnya berakhir pada 5 April 2018 apabila filem yang dinanti ramai, DUKUN akan ditayangkan di pawagam hari ini.


Sebelum ini, telah heboh apabila beberapa babak dalam filem tersebut telah tersebar di media sosial namun pengakhiran kepada filem seram ini hanya boleh ditonton di pawagam.

Filem ini telah siap pada tahun 2006 dan dijangka akan ditayangkan pada Disember 2006. Bahkan, poter filem tersebut turut ditampal di beberapa pusat membeli-belah pada sekitar tahun 2007. Ramai yang teruja menantikan tayangan filem seram yang dikatakan telah diadaptasi dari sebuah kisah pembunuhan yang berlaku sekitar tahun 2001.



Namun, tayangan filem tersebut telah ditarik balik kerana pelbagai kontroversi yang melanda seperti disekat oleh Lembaga Penapisan Filem Negara serta menyentuh sensitiviti keluarga yang turut mengugut untuk menyaman pihak produksi sekiranya filem ini ditayangkan. Namun setelah 12 tahun, filem ini akhirnya ditayangkan di pawagam bermula hari ini.

Siapa Diana Dahlan?



Filem DUKUN ini mengisahkan tentang Karim (Faizal Hussein), seorang peguam yang sedang bergelut dengan kerjaya akibat kemurungan selepas dia kehilangan dua insan tersayang iaitu isteri dan anaknya, Nadia (Elyana).

Dalam proses dia mencari anaknya, Karim telah ditawarkan untuk menjadi peguam kepada seorang OKT (Orang Kena Tuduh) bernama Diana Dahlan yang dilakonkan oleh Datin Padukan Umie Aida. Diana berjanji untuk mencari anak Karim sekirannya dia membelanya ketika di mahkamah.



Diana adalah seorang penyanyi kelab malam dan juga pengamal ilmu hitam telah dihadapkan ke mahkamah atau tuduhan membunuh seorang ahli perniagaan. Mayat turut dijumpai di rumahnya dan ini semua berkaitan dengan sihir dari tongkat sakti suku kaum Batak.

Kes ini telah dikendalikan oleh ASB Talib (Namron) bersama Shah (Bront Palarae) setelah ia mendapat liputan meluas dari media. Hasil siasatan mereka telah membongkarkan satu persatu sisi gelap Diana yang mengejutkan.

Catat Ulasan

0 Ulasan