Breaking News

Masih Dalam pantang...Siti Nurhaliza Disaman Oleh Kerajaan?

Loading...
loading...
Masih Dalam pantang...Siti Nurhaliza Disaman Oleh Kerajaan?

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menafikan sekeras-kerasnya dakwaan dia telah disaman oleh kerajaan kerana terlibat dalam pelaburan haram.

Penghibur yang kini sedang menjalani tempoh berpantang selepas melahirkan anak sulungnya, Siti Aafiyah berkata, beliau tidak ada kena mengena dengan berita palsu yang sedang tular di laman sosial.

Penyanyi lagu Cindai dan Jerat Percintaan itu juga menegaskan, pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan sewajarnya sekiranya laporan palsu berkenaan masih berlanjutan.

“Berita palsu ini terdapat di dalam sebuah blog dengan tajuk lain tetapi apabila kita klik pautan yang berkenaan, akan keluar berita yang memaparkan wajah saya dengan ejaan nama Sita Nurhaliza.

“Saya dengan ini menafikan sekeras-kerasnya berita tersebut (jika dirujuk pada saya). Saya tidak ada kena mengena dengan berita palsu tersebut,” kata Siti Nurhaliza dalam kapsyen bergambar di akaun Instagram peribadinya sejam lalu.

Utusan Malaysia melaporkan, artis popular itu juga mempersoalkan tujuan pihak tidak bertanggungjawab yang menyebarkan berita palsu menggunakan wajah dan nama “Nurhaliza”.

“Apakah tujuan yang cuba dibuat oleh pihak yang menulis berita tersebut, saya tidak pasti. Namun menggunakan wajah saya dan nama Nurhaliza telah mengundang kekeliruan dan menimbulkan pertanyaan banyak pihak mengenai kesahihan berita tersebut.

“Saya berharap agar pihak yang membuat berita palsu ini segera memadamkan wajah dan nama saya seperti mana yang tertera dalam petikan di blog tersebut.

“Jika perkara ini berlanjutan, saya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan yang sewajarnya yang diperuntukkan di bawah undang-undang yang berkaitan,” katanya.

Tiada ulasan

jerit kat sini