Header Ads

Gadis sekolah paling ramai guna pil gugur.Lihat Janin Yang Di Gugurkan

loading...
Gadis-gadis sekolah paling ramai guna pil gugur:

                            C1u7QCsVIAEY9cw.jpg

Pelajar sekolah antara golongan paling ramai didakwa menggunakan pil Misoprostol sebagai alternatif menggugurkan kandungan./

Senario itu dipengaruhi oleh lambakan pil berkenaan yang mudah dibeli dan diperoleh di pasaran gelap tanpa perlu bertemu pengamal perubatan bertauliah di hospital mahupun klinik.

Malah hasil penelitian S2, pil tersebut dikesan boleh dibeli melalui dalam talian tanpa perlu bersemuka dengan penjual yang menawarkannya menerusi laman sosial seperti Facebook dan aplikasi Whatsapp

Lebih mengejutkan, walaupun penjualannya salah di sisi undang-undang, peniaga terbabit didapati berani memuat naik testimonial pembelinya bagi mempromosikan aktiviti pengguguran haram demi melariskan perniagaan.

Dalam pada itu, S2 turut cuba membeli pil berkenaan daripada salah seorang wanita yang mempromosikan Misoprostol menerusi Facebook.

Menurut wanita tersebut yang turut mendakwa dirinya seorang jururawat, pengambilan pil bergantung kepada usia kandungan, jika lebih lama usia kandungan tersebut maka lebih banyak pil yang perlu dimakan bagi menguatkan dosnya.

“Jangan risau, pil ini diguna di hospital. Ramai yang guna, budak sekolah paling ramai,” katanya dalam perbualan menerusi aplikasi Whatsapp baru-baru ini.

Jelasnya, harga pil RM490 untuk kandungan berusia antara 12 hingga 15 minggu dan untuk dos yang lebih tinggi pula adalah RM630.

“Kalau kandungan dah besar, elok ambil ubat kuat. Ubat tu kena masukkan dalam kemaluan,” ujarnya.

Bagaimanapun, peniaga tersebut tidak mampu memberi jawapan meyakinkan apabila ditanya tentang kesan ubat tersebut terhadap pengambilnya.

“Tiada (kesan) biasanya. Kalau ikut dos disarankan tidak ada masalah. Rasa sakit cuma seperti senggugut sahaja. Saya akan ajar (cara ambil),” jelasnya.

                                  C1u7QCyUQAA-zTZ.jpg


                                   C1u7QCsVQAAgT3Z.jpg


Loading...

Tiada ulasan

jerit kat sini

Dikuasakan oleh Blogger.